berita

Safee Sali Nafi Bercuti Bersama Julia Hana

October 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rabu lalu sebuah portal hiburan tempatan telah menyebarkan gosip kononnya pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, 28 telah pergi bercuti ke Langkawi bersama pelakon jelita, Julia Hana. Berikutan gosip tersebut, pihak OHBULAN! telah bertemu dengan Safee Sali sendiri bagi mendapatkan kepastian mengenai gosip itu.

Sewaktu berjumpa di majlis pelancaran haruman terbaru AVON, “Centre Action” pagi tadi, Safee Sali telah menafikan gosip tersebut dan mengaku yang dia juga tidak pernah mengenali siapa Julia Hana yang sebenarnya.

“Saya tak ada kat Langkawi dan saya pun tak kenal siapa Julia Hana. Sampailah saya pergi google dan cari siapa Julia Hana yang sebenarnya. ”

“Saya rasa terkejut dan sebagai pemain bola sepak ini merupakan pengalaman terbaru bagi saya. Mungkin pelanduk dua serupa kot. Lagipun, sepanjang 28 tahun, saya tak pernah pergi Langkawi,” ujar Safee Sali sambil tersenyum.

Sewaktu pihak media mengajukan soalan, dimanakah Safee Sali sewaktu gambar tersebut diambil?

Dengan tenang, Safee menjawab ketika gambar tersebut diambil, dia berada di Shah Alam dan sedang menjalani latihan sendiri. Pemain bola sepak ini turut merasa pelik dan tidak sangka gosip tersebut boleh timbul.

“Saya tak tahu kenapa benda macam ini boleh timbul. Mungkin sebab status saya seorang duda, jadi orang saja nak cari publisiti untuk diri saya.”

“Saya sekarang ini tengah sibuk dan mahu fokus kepada kerjaya saya sahaja. Akan tetapi gosip sebegini langsung tidak menjejaskan kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak,” ulas Safee kepada pihak media.

Apabila menyentuh kepada topik persoalan, apakah ciri-ciri wanita pilihan pemain bola sepak ini. Lantas Safee menjawab, “Sudah tentu saya nak yang cantik dan faham dengan keadaan diri saya yang sentiasa sibuk dan penat. Kalau penat, saya akan cepat moody dan marah, jadi saya nak orang yang boleh faham dan terima perangai saya.”

Merujuk perkembangan terbaru, Safee Sali kini dipilih menjadi muka baru bagi produk wangian terbaru AVON, “Centre Action” dan akan mengikat kontrak bersama produk tersebut selama setahun.

SKIP THIS AD ×