berita

Safiey Ilias Ditahan Polis Susulan Video ‘Live’ Dengan Kanak-Kanak Bawah Umur

June 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pemilik akaun Instagram safieyillias94 yang juga merupakan usahawan produk kosmetik terkenal telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berkaitan isu live di Instagram bersama dua remaja bawah umur baru-baru ini.

Artikel berkaitan : Ajar Kanak-Kanak Bawah Umur Buat Benda ‘Terlarang’, Polis Cari Safieyilyas & Pipinatasha

Artikel berkaitan : Melampau! Usahawan Kosmetik Buat Hal Lagi, Kali Ini Siap ‘Belanja’ Remaja Bawah Umur

Sebelum ini, pemilik akaun safieyillias94 serta pipinatasha telah mencetuskan kemarahan warganet apabila mereka dilihat menari secara liar di hadapan dua remaja berkenaan.

Pemilik akaun Instagram ditahan polis

Menurut Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihak polis telah menahan pemilik akaun Instagram safieyillias94 petang semalam selepas menerima satu laporan polis berhubung mengajar remaja bawah umur membuat benda ‘terlarang’.

Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan.

Laporan polis berkenaan telah dibuat oleh seorang pensyarah universiti berdasarkan tiga kesalahan yang telah dilakukan oleh usahawan kosmetik membabitkan dua kanak-kanak bawah umur.

Jelasnya lagi, perbuatan kedua-dua pemilik akaun Instagram berkenaan dianggap sebagai komunikasi lucah dan amang seksual kerana ia telah membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×