Pelakon Safwan Nazri mendedahkan isterinya, Lyna Khairul telah mengalami keguguran sewaktu dia sedang menjalani penggambaran filem Malbatt: Misi Bakara di Turkiye, pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Empat Tahun Menyulam Cinta, Harris Annuar Sah Milik Asha Merican
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sensasi! Safwan Nazri Bongkar Perangai Sebenar Harris Anuar
Isteri gugur
Ketika ditemui OhBulan!, Safwan berkata, ketika itu usia kandungan isterinya telah pun memasuki empat bulan.
Malah, kata Safwan, dia hampir tidak dapat meneruskan penggambaran kerana mahu pulang ke tanah air disebabkan berita sedih itu.
Sewaktu saya terbang ke Turkiye, isteri saya sedang hamil empat bulan. Tapi bila beberapa hari tiba di sana, saya dapat panggilan daripada dia mengatakan dia telah keguguran.
Apabila dapat berita itu, saya terus nak balik Malaysia, sedih sangat.
Safwan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Safwan bersyukur apabila dia akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia enam bulan dan diberi nama Cinta Sofia.
Sementara itu, berkongsi perasaan berlakon bawah arahan Adrian Teh, Safwan berkata dia bangga apabila terpilih sebaris dengan nama besar dalam filem terbabit.
Pengalaman saya dalam filem ini sebenarnya sangat gembira. Awalnya saya pergi casting dan saya fikir saya tidak akan terpilih. Tapi tiba-tiba dapat mesej daripada team produksi dan beritahu saya dapat, memang gembira.
Lebih-lebih lagi dapat berlakon sekali dengan aktor-aktor hebat tanah air macam Hairul Azreen, Bront Palare dan ramai lagi.
Selain Safwan, filem yang menelan kos belanja sebanyak RM20 juta itu turut membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Bront Palarae, Tony Eusoff, Zahiril Adzrin, Iedil Putra dan ramai lagi.
Malbatt: Misi Bakara bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Ogos ini.