
Personaliti popular Korea, Hong Jin Kyung mendedahkan dia dan suami telah bercerai selepas 22 tahun mendirikan rumah tangga.
Sah cerai

Pada 6 Ogos, agensi yang mewakili Jin Kyung iaitu TN Entertainment mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan rasmi.
Ya, benar beliau telah bercerai. Hong Jin Kyung baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Jung Sun Hee untuk saluran YouTube beberapa hari lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut mencapai persetujuan bersama dan berpisah secara baik.
Berita mengenai penceraian ini turut dimaklumkan sendiri Jin Kyung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube milik pelakon Jung Sun Hee.
Beberapa bulan lalu, apabila awak memberitahu saya bahawa kita akan bercerai dan kata awak belum memaklumkan kepada sesiapa.
Saya berpeluh seorang diri kerana terlalu gugup. Tapi hari ini kamu kata, ‘Saya dah boleh bercakap tentangnya dengan tenang sekarang’.
Seorang lelaki baik

Pelakon dan pengacara ini kemudian berkongsi perasaan sepanjang melalui momen sukar itu selain pernah terfikir bagaimana caranya untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang status rumah tangganya.
Selama ini saya tertanya-tanya, ‘Bila masa yang sesuai untuk bercakap tentang perkara ini? Patutkah saya terus diam saja?’ Rasanya seperti saya sedang menyembunyikan sesuatu.
Hati saya sentiasa berat, tapi saya tak tahu masa atau tempat yang sesuai untuk berkongsi cerita ini.
Dalam pada itu, Jin Kyung turut mengakui bahawa bekas suaminya merupakan seorang yang sangat memahami dirinya, selain mendedahkan bahawa lelaki itu memiliki peribadi yang selesa didekati dan mudah untuk dibawa berbincang.
Kamu adalah orang yang paling memahami saya. Jadi kalau saya perlu luahkan sesuatu yang berat macam ni, saya fikir ia patut dilakukan di depan kamu. Saya paling selesa bila bersama kamu dan boleh jujur tentang apa sahaja.
Meskipun sudah bercerai, Jin Kyung menjelaskan hubungan antara mereka masih baik dan mesra.
Dia masih kerap datang ke rumah, dan keluarga kami juga masih bergaul dengan baik. Saya tak sangka ibu saya dan ibu mentua boleh jadi begitu terbuka macam gaya Hollywood. Mereka masih bertemu dan makan bersama seperti biasa.
Untuk rekod, Jin Kyung telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 2003, selepas lima tahun bercinta.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan pada tahun 2010.
Sumber: Soompi








