berita

Sah Disekat, Nasib Rakyat Malaysia Ulang-Alik Kerja Di Singapura Cetus Tanda Tanya

March 17th, 2020 | by faris
Kini Trending

Untuk mengelak risiko jangkitan Covid-19 bertambah parah, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kawalan pergerakan yang dijadualkan bermula esok, 18 Mac. Apa yang menjadi tanda tanya adalah nasib warga Malaysia yang bekerja di Singapura yang mana terjejas secara langsung dengan kawalan pergerakan tersebut.

Tidak dibenar masuk

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari untuk bekerja, tidak lagi boleh berbuat demikian mulai esok hingga 31 Mac ini.

Tidak dibenarkan bermula esok hingga 31 Mac.

Antara lain, sekatan yang ditermaktub adalah sekatan menyeluruh membabitkan rakyat Malaysia ke negara lain. Manakala mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela.

Dibincang petang ini

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan berbincang dan kata putus akan dibuat dalam taklimat khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Polis banyak menerima panggilan dan soalan yang ditanya termasuk kepada saya, adakah pihak polis atau penguat kuasa akan menyekat rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura mulai esok?

Insya Allah petang ini kita akan dapat perinciannya selepas mesyuarat dengan MKN negeri dan akan membuat kenyataan lanjut sama ada rakyat Malaysia yang berulang-alik bekerja di Singapura terjejas atau tidak, petang ini.
Mengikut statistik, kira-kira 400,000 rakyat Malaysia kini mencari nafkah di Singapura dengan hampir 200,000 daripadanya berulang-alik antara Johor Bahru ke negara itu, setiap hari menaiki motosikal.
The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×