berita

Sah Jadi Setiausaha Politik Shafie Apdal, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Bekas Ratu Cantik, Jo-Anna Sue

October 11th, 2018 | by Shafika
Lensa Insta

Sebelum ini, Jo-Anna Sue Henley Rampas pernah viral apabila beliau satu-satunya bekas ratu cantik yang bertanding di PRU14 mewakili Kiulu, Sabah. Terbaru, sekali lagi bekas ratu cantik Unduk Ngadau ini jadi perhatian netizen apabila dia kini sah menjadi setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beberapa keping gambar dimuat naik oleh Jo-Anna menerusi laman sosial instagramnya. Ini fakta menarik tentang gadis berusia 28 tahun ini.

Merupakan darah campuran

Kalau dilihat dari raut wajahnya, pasti anda sudah menjangka gadis Sabah ini merupakan campuran Eurasian. Bapanya merupakan seorang lelaki warganegara British manakala ibunya pula keturunan Kadazan-Dusun Malaysia. Tidak hairanlah kalau wajah Jo-Anna ini memang cantik. Walau bagaimanapun, gadis yang dibesarkan di Kiulu, Kota Kinabalu ini sangat fasih berbahasa Melayu, Dusun dan Inggeris.

Lulusan jurusan Undang-Undang

Siapa sangka gadis hebat ini sebenarnya mempunyai Sarjana Undang-undang dari University of West England. Sebelum ini, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London selepas dia menamatkan A-level di ATC (Advanced Tertiary College). Walau bagaimanapun, walaupun mendapat ijazah dari Universiti di luar negara, Jo-Anna sebenarnya pelajar dari sistem pendidikan tempatan kerana dia menamatkan pengajian di sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Merupakan seorang ratu cantik dan penyanyi

Walaupun semua orang tahu gadis ini merupakan seorang bekas ratu cantik, namun siapa sangka beliau juga penyanyi. Pada awalnya, Jo-Anna hanya menyertai pertandingan ini kerana desakan rakan-rakannya, namun tidak menyangka akan menang pertandingan itu. Menurutnya itu adalah pertama dan terakhirnya menyertai pertandingan itu kerana lebih fokus kepada kerjayanya.

Selepas memenangi gelaran Unduk Ngadau (Ratu Cantik), Jo-Anna meneruskan pengajian undang-undang sebelum kembali ke Malaysia untuk melanjutkan kerjaya dalam muzik. Dia juga mengeluarkan lagu berjudul “Siou”. Boleh tahan lunak suara!

Merupakan jurulatih kecergasan

Walaupun dia agak ‘berisi’ semasa hari Unduk Ngadau, namun dia telah mengamalkan gaya hidup yang sihat selepas diagnosis mempunyai kolesterol tinggi. Walau bagaimanapun, Jo-Anna berhenti mengangkat berat badan untuk seketika kerana terseliuh bahunya tahun lepas di UK. Dia terpaksa menjalani pembedahan di mana mereka menetapkan tiga skru di bahunya. Walau bagaimanapun, dia sekali lagi mengoyakkan otot bahu pada 2016 selepas bersalaman tangan dengan seorang penduduk kampung.

Berdarah politik

Mungkin ramai yang terkejut apabila seorang ratu cantik masuk ke dalam bidang ahli politik, namun sebenarnya Jo-Anna mempunyai darah politik kerana banyak saudara moyang dan nenek moyangnya merupakan ahli politik dan pemimpin. Paling terdekat adalah ibunya sendiri yang merupakan seorang calon untuk Parti AKAR pada tahun 1994. Emak borek, anak rintik betul!

Sumber : WOB

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×