berita

Sah! Jalan TAR Ditutup Mulai 15 Mac Ini

February 12th, 2019 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan lubuk membeli-belah. Namun, mulai 15 Mac ini sepanjang Jalan TAR diarahkan tutup bermula dari pusat beli-belah Sogo.

Menurut laporan Metro, Jalan TAR akan memberi laluan sepenuhnya kepada aliran trafik untuk bas sahaja.

Ramai bersetuju dengan cadangan itu

Sepanjang laluan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan ditutup mulai 15 Mac ini dan hanya memberi laluan kepada aliran trafik bas sahaja. Laluan ini akan ditutup bermula dari Jalan Esfahan hingga Jalan Melayu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata keputusan ini dibuat bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang berurusan di sekitar kawasan perniagaan tersebut.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan itu yang mana sebahagian besar responden bersetuju dengan cadangan itu.

Kita berhasrat menjadikan laluan bermula dari hadapan Sogo sehingga ke Wisma Bandar sebagai laluan bebas kenderaan atau ‘pedestrian mall’ yang mana pengunjung boleh berjalan kaki untuk membeli-belah.

Kita sedang memperincikan susun atur peniaga

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihak berkuasa sedia untuk memberi peluang kepada peniaga bazar Ramadan yang memohon lesen untuk berniaga di situ tidak lama lagi.

Kita sedang memperincikan susun atur peniaga, namun yang pasti keputusan ini akan memberikan kelegaan kepada semua pihak kerana dapat menjalankan perniagaan di kawasan lebih luas dan selesa.

Penempatan hanya membabitkan mereka yang memohon lesen untuk berniaga pada Ramadan manakala peniaga sedia ada dikekalkan di tapak asal.

Tambahnya lagi, keputusan ini diambil bagi menjaga kepentingan peniaga Melayu di kawasan tapak lama bazar Ramadan. Namun, tindakan ini diambil bagi mengarahkan 20 orang kakitangan  dipindahkan ke bahagian lain secara berperingkat dalam tempoh sebulan.

DBKL sudah menjalankan kajian dalam talian berhubung penutupan jalan itu yang mana sebahagian besar responden bersetuju Jalan TAR akan ditutup mulai 15 Mac ini.

Sumber: Metro