berita

Sah! Jisoo & Ahn Bo-hyun Dah Putus Cinta, Peminat Desak Hae-in Cepat Masuk ‘Line’

October 24th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Nama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo menjadi bualan hangat wargamaya di seluruh pelosok dunia apabila hubungannya dengan kekasih dikhabarkan sudah berakhir.

Jisoo putus cinta

Memetik laporan Soompi, hubungan Jisoo atau nama sebenarnya Kim Ji-soo bersama pelakon, Ahn Bo-hyun dikatakan semakin renggang disebabkan kesibukan jadual kerja masing-masing. Difahamkan, perkara tersebut menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Berita tersebut disahkan oleh wakil agensi Blackpink, YG Entertainment.

Betul, Jisoo dan Ahn Bo-hyun dah berpisah.

Sekitar Ogos lalu, industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita Jisoo dan Ahn Bo-hyun bercinta. Malah mereka juga pernah dilihat berjalan bersama di hadapan bangunan kediaman Jisoo.

Terdahulu, Jisoo pernah digosipkan menjalin hubungan cinta bersama pelakon, Jung Hae In selepas mereka dilihat serasi menerusi drama bersiri Snowdrop.  Namun tidak ada apa-apa berita mengesahkan hubungan tersebut.

Sumber: Soompi

SKIP THIS AD ×