berita

Sah, Malique Too Phat Masih Hidup

September 25th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Sebentar tadi laman Twitter menjadi panas dan hangat seketika berikutan khabar angin yang menyatakan kononnya bekas penyanyi kumpulan Too Phat, Malique telah meninggal akibat kanser otak.

Khabar angin tersebut menjadi isu hangat sehinggalah pihak pengurusan Warner Music mengesahkan berita tersebut dengan menyatakan Malique masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat. Selain itu, beberapa rakan media turut mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Twitter masing-masing.

Jadi, kepada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini diharapkan segera menghentikan aktiviti sebegini kerana ia tidak menjanjikan sebarang keuntungan.

SKIP THIS AD ×