berita

Sahkan Akaun Touch ‘n Go eWallet Korang & Nikmati Pelbagai Manfaat Menarik!

December 26th, 2019 | by Bieha
Kini Trending

Sekarang ni semua orang lebih gemar ke mana-mana tanpa menggunakan cash kerana lebih praktikal dan selamat. Di Malaysia pun dah ada pelbagai aplikasi e-Wallet yang dibangunkan, termasuklah aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

Macam yang kita tahu, Touch ‘n Go eWallet adalah sistem pembayaran tanpa tunai yang boleh digunakan untuk membayar pelbagai produk dan perkhidmatan di seluruh negara seperti beli tiket wayang, beli makanan, tempah penerbangan dan macam-macam lagi.

Lebih menarik, korang juga dapat nikmati banyak lagi manfaat sekiranya korang mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet. Nak tahu apa kebaikannya?

RM30 dikreditkan secara PERCUMA!

Kalau korang rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun, korang layak untuk mendapatkan RM30 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Touch ‘n Go eWallet korang!

Ini adalah inisiatif dari Kementerian Kewangan di bawah Bajet 2020 iaitu Program e-Tunai Rakyat. Jadi, bermula 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020, pastikan korang dah sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet. korang untuk menerima RM30 secara percuma!

Jaminan pulangan wang !

Risau akaun korang digunakan secara tidak sah? Jangan bimbang sebab Touch ‘n Go eWallet telah dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya untuk melindungi korang dari sebarang risiko kehilangan baki eWallet melalui transaksi yang tidak sah.

Yang paling best, Touch ‘n Go eWallet juga menjanjikan jaminan pulangan wang pampasan penuh dalam tempoh 5 hari sahaja!

Takde online banking untuk transfer duit? Guna je Touch ‘n Go eWallet!

Bukan setakat nak buat pembayaran, kini dengan Touch ‘n Go eWallet, korang dah boleh pindahkan wang kepada sesiapa saja yang korang suka tanpa caj tambahan! Segalanya dah di hujung jari sekarang, hanya tap dan transfer!

Nikmati Saiz eWallet yang lebih besar!

Lebih menarik, Touch ‘n Go eWallet kini mempunyai saiz eWallet yang lebih besar iaitu sehingga RM5000! Dengan adanya Touch ‘n Go eWallet ni, makin senang lah urusan seharian kita. Bolehlah guna duit yang ada dalam akaun e-wallet tu untuk shopping ataupun jika ada kecemasan.

Macam mana nak sahkan akaun Touch ‘n Go eWallet? Ikuti langkah mudah ni:

1. Klik butang “Verify Account Now” di profil korang
2. Ambil gambar IC (depan dan belakang) atau pasport korang melalui aplikasi ini
3. Ambil selfie dan klik butang “Let’s Go”.

Siap! Mudah je kan? Akaun korang akan disahkan dalam masa 48 jam.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Touch ‘n Go eWallet.