Kalau sebelum ini drama Titian Cinta dan Dendam Aurora pernah dikecam hebat gara-gara mengeluarkan fakta perubatan yang tidak berasas. Kali ini, drama Mona Lisa lakonan Zara Zya dan Hafreez Adam pula yang menjadi perhatian.
Menerusi twitter individu ini, dia melahirkan rasa kekesalan apabila fakta digunakan itu salah. Adegan seorang doktor mengesahkan seorang pesakit mengalami penyakit hilang ingatan mendapat respon negatif netizen termasuk pihak doktor.
Xray boleh periksa orang hilang ingatan?
Penat belajar 3tahun + pengalaman kerja 2tahun, baru hari ni aku tau yg xray boleh check org hilang ingatan. #dramamelayu #kesian pic.twitter.com/mkFCrhrFRC
— AJEERAH (@nuraqidahajeera) May 19, 2018
Tweet ini mendapat lebih 13k perkongsian di laman Twitter yang memaparkan satu video sudutan dari drama berkenaan. Skrip di dalam drama ini menunjukkan seorang doktor telah mengesahkan seorang pesakit mempunyai penyakit hilang ingatan berdasarkan kaedah X-Ray.
Tweet ini mendapat pelbagai respon netizen yang rata-ratanya mengkritik penulis skrip drama ini. Ramai yang menganggap drama melayu ‘sampah’ apabila tidak membuat kajian terlebih dahulu mengenai situasi itu.
Ramai kecam
Respon doktor
Tweet ini turut mendapat perhatian Doktor Beni yang memang terkenal di Twitter. Menurutnya juga, X-Ray tidak boleh mengesan penyakit hilang ingatan melainkan mahu melihat keretakan pada tengkorak. Tambahannya, penyakit dementia turut perlu menggunakan kaedah pemeriksaan ‘mini mental’, inikan pula penyakit hilang ingatan.
Sumber : Nuraqidah