berita

“Sahur Saya Tak Masak Banyak Sangat” – Faezah Elai

August 2nd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Tahun ini merupakan tahun pertama Faezah Elai menjalankan ibadah puasa sebagai status isteri kepada pengarah Heykal Hanifa. Menurut Faezah, Ramadhan tahun ini tidak berapa banyak beza jika dibandingkan seperti tahun-tahun terdahulu.

Namun begitu, ada sedikit perbezaan yang beliau rasai ketika waktu bersahur. Menurut Faezah, “Kalau sahur, saya tak masak banyak sangat. Kadang-kadang lauk yang ada waktu buka saya akan panaskan balik dan makan untuk sahur. Lagipun Heykal tak makan sangat sewaktu sahur.”

Merujuk kepada kerjaya sebagai anak seni, Faezah menyatakan bahawa beliau baru sahaja selesai untuk penggambaran Filem Tanda Putera dan KL Zombi. Selain itu, beliau turut sedang menunggu beberapa filem lain yang membolehkan beliau memegang watak yang berbeza daripada sebelum ini.

Selain itu, menurut Faezah Elai pada tahun ini beliau akan mula beraya di rumah mertua di Kulim, Kedah dan setelah itu baru akan balik ke rumah ibu bapanya di Pulau Pinang. Tambahan pula katanya dari Kulim ke Pulau Pinang jaraknya cuma dekat dan tidak memakan masa yang agak lama.

Apabila ditanya mengenai perasaan pertama kali beraya dengan mertua Faezah menjawab, “Saya pun tak tahu macam mana, tapi harap-harap semuanya ok.”

Faezah Elai turut memaklumkan bahawa beliau akan cuti raya selama seminggu dan setelah itu beliau akan pulang semula ke Kuala Lumpur untuk urusan pekerjaan.