berita

Sahut Norma Baharu, Taiwan Excellence Pamer Produk Inovasi Teknologi Taiwan Di Talian 3D

November 18th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Setiap hari kita gunakan teknologi dalam aktiviti seharian. Banyak jugak inovasi teknologi yang hadir seiring perkembangan zaman. Inovasi ni ditemukan supaya kehidupan kita jadi lebih mudah dari sebelumnya.

Cakap pasal teknologi, tahun lepas, kami pernah jugak hadir ke Pavilion Taiwan Excellence yang diadakan di Malaysia dan banyak sekali produk inovasi teknologi Taiwan yang dipamerkan. Seronok! Tapi sekarang kan tengah pandemik Covid-19, pameran ni ada lagi ke tahun ni?

Taiwan Excellence sertai WCIT 2020, pamerkan pelbagai produk inovasi teknologi Taiwan

Untuk makluman, Taiwan Excellence akan menyertai WCIT 2020 bermula 18 hingga 20 November 2020. Taiwan Excellence merupakan lambang peneraju teknologi dan pembuatan Taiwan yang terkenal di peringkat global. Sebanyak 22 produk inovasi teknologi Taiwan dari 14 syarikat teknologi terkemuka akan dipamerkan nanti. Wuu!

WCIT ialah acara teknologi maklumat terpenting di dunia dan sering dianggap acara Olimpik ICT. Pameran ni menarik peserta dari pelbagai industri, kerajaan dan ahli akademik dari seluruh dunia. Lepas hampir dua dekad, Malaysia sekali lagi jadi tuan rumah WCIT 2020 dengan tema “Gerbang ke Asia Tenggara”. Bangga kan?

Disebabkan pandemik Covid-19, kerajaan negeri Pulau Pinang yang menjadi penganjur acara ni terpaksa ubah acara ni sepenuhnya ke dalam talian. Tapi korang tak perlu sedih la. Nak tahu kenapa?

Taiwan Excellence lebih luar biasa tahun ni dalam talian realiti maya 3D

Taiwan kan salah satu pusat kuasa global dalm industri ICT. Semestinya pameran kali ni lebih luar biasa. Taiwan Excellence akan gunakan teknologi panorama 360 darjah untuk membina 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya. Nampak real wei.

Paling best, korang juga berpeluang untuk melihat produk dari 14 jenama yang memenangi Anugerah Taiwan Excellence dengan lebih dekat. Selain tu, pavilion ni turut melangsungkan pemadanan B2B dan forum atas talian untuk urusan perniagaan antarabangsa. Canggih betul la.

Antara produk menarik yang akan dipamerkan di 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya

Kat sini kami akan kongsikan beberapa produk menarik yang memenangi Anugerah Taiwan Excellence. Kami sempat juga menemu ramah mereka secara talian. Setiap produk ada kehebatan masing-masing. Jom kita tengok!

VAGO – alat vakum mudah alih

Korang selalu ada masalah untuk jimat ruang dalam bagasi? VAGO, alat vakum mudah alih oleh Big Good Design ni boleh bantu selesaikan masalah korang. Mempunyai reka bentuk teknologi aerodinamik, alat ni hanya ambil masa 5 minit je untuk memampatkan beg vakum secara automatik. Memang jimat ruang!

Comel kan? Kaki travel mesti jatuh cinta teruk dengan VAGO. Saiznya cuma 7cm dan beratnya 77g je. Dah la kecil, ringan pulak tu. Paling penting, mudah untuk dibawa. Ada pilihan 4 warna dan semuanya cantik-cantik! Alat ni menggunakan Micro USB untuk sambungkan kuasa, jadi korang tak perlu risau nak guna kat mana-mana pun.

“Sekarang susah nak travel. Kami percaya potensi VAGO tidak terhad untuk travel malah dapat juga digunakan untuk menjimatkan ruang barangan di rumah. Disebabkan ia kecil dan berguna, VAGO sesuai dipasarkan secara talian”

-Bianca Chao, Pengurus Jualan Big Good Design-

Setelah bertemu ramah secara talian dengan pihak Big Good Design, kami agak terkejut apabila dapat tahu yang VAGO bukan untuk travel je, tapi boleh digunakan untuk jimat ruang barangan di rumah. Suri rumah mesti suka alat ni.

AURAI – mesin urut mata dikuasai air

Apabila duduk rumah dan terpaksa work from home, mata memang tak lekang dengan smartphone dan laptop. Sampai mata pun jadi penat. Apa kata korang rehatkan mata dengan AURAI, mesin urut mata yang dikuasai air oleh In-Trust? Ia merupakan mesin urut mata dikuasai air hangat dan sejuk pertama di dunia!

AURAI dikuasakan oleh sistem gelombang air yang menakjubkan. Korang akan merasakan suhu selesa di sekitar mata korang apabila memakainya. Alat ni sangat membantu merangsang peredaran darah dan melegakan ketegangan otot di sekitar mata korang. Boleh relaks dan hilang stres dibuatnya.

“Mata selalu penat setelah seharian melakukan aktiviti di rumah. Kami yakin penggunaan air sebagai medium dalam AURAI adalah penyelesaian terbaik. AURAI dapat memberikan urutan mata yang lebih selesa dan efektif.”

-Gabriel Haw, Pengurus Projek In-Trust-

Kami pasti AURAI digemari oleh mereka yang penat seharian dan mahukan ketenangan dengan urutan mata terbaik di rumah. Korang pun salah seorangnya kan?

AROFLY – meter kuasa basikal

Kaki kayuh mesti puas hati kalau pasang AROFLY, meter kuasa basikal oleh TBS Group pada basikal korang. Alat ni memaut ke injap tayar belakang basikal untuk mengukur kelajuan basikal. Hanya melalui perubahan tekanan tayar basikal, ia boleh mengira sejauh mana irama dan kekuatan basikal korang tu.

Senang cerita, kayuhan jadi lebih ringan dan laju dengan AROFLY. Alat ni sangat kecil, sebesar penutup botol dan ringan seberat 10g je. Pasang pun tak susah mana. Tak perlu risau kalau tukar basikal sebab alat ni sesuai dipasang pada mana-mana basikal dan mudah dialihkan. Syok mengayuh jauh-jauh!

“Idea asli untuk membuat AROFLY adalah mencipta meter kuasa dengan harga berpatutan dan mudah dipasang. Kami berpendapat AROFLY lebih sesuai dijual secara talian kerana kecil, mudah digunakan dan harga lebih berbaloi.”

-Curties Wu, Naib Presiden TBS Group-

Temu ramah kami dengan pihak TBS Group agak mengagumkan. AROFLY ternyata menjadi meter kuasa basikal terkecil di dunia. Hal ini telah menjadikan ia meter kuasa basikal yang unik. Harga pun berpatutan. Boleh la pasang kat basikal korang nanti.

Saksikan banyak lagi produk menarik menerusi 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya nanti!

Wah, semuanya canggih dan menarik dengan keistimewaan tersendiri! Bukan senang nak dapat Anugerah Taiwan Excellence tau. Tu baru sikit. Banyak lagi produk menarik akan dipamerkan di 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya yang diadakan bermula 18 hingga 20 November 2020. Nantikan!

Jangan lepaskan peluang ni untuk tonton dan saksikan sendiri nanti. Boleh ajak satu keluarga tengok kat rumah. Korang dialu-alukan untuk mengunjungi 3D Pavilion Taiwan Pintar Maya di: https://booth.cisa.tw/.

Selamat mencuci mata guys!

SKIP THIS AD ×