Pelawak, Saiful Apek berkongsi salah satu rutin yang sentiasa diamalkannya sepanjang Ramadan ialah menikmati bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa dan bersahur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dilarang Cium Jenazah Ibu, Saiful Apek Terkedu Diri Anak Angkat – ‘Mereka Tak Bagi, Dia Cakap Bukan Mahram’

Artikel Berkaitan: Saiful Apek Berdiam Isu ‘Kehilangan’ Yassin – ‘Dia Mungkin Tak Pandai Mana ..’

Bubur lambuk

Ketika ditemui OhBulan!, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, berkata dia sudah mengamalkan rutin itu setiap Ramadan sejak kecil lagi.

Jelasnya, dia lebih memilih untuk memasak sendiri berbanding membelinya di bazar Ramadan.

Saya memang tak pernah pergi bazar sebab saya memang daripada kecil dilatih oleh keluarga angkat saya, berbuka dan bersahur dengan bubur lambuk, kurma dan air panas.

Mungkin dah sebati dengan saya sejak dulu lagi jadi, saya tak gaduhlah nak pergi bazaar atau teringin nak makan apa-apa.

Paling penting saya makan bubur lambuk yang dimasak di rumah atau di masjid.

Saya pernah kirim orang beli bubur lambuk di bazar tapi macam terlampau mewah bahan rencah.

Saiful berkata demikian ketika ditemui Set Visit Dapur Goodday: Inspektor Sani di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya pada petang Isnin.

Menurut pelakon filem Duyung itu, perbuatan yang tidak berbelanja lebih mengikut kehendak itu mengajarnya untuk lebih menghayati makna sebenar bulan mulia itu.

Kata Saiful, dia juga cuba mengelakkan berbuka di luar tetapi akan membawa bubur sebagai bekal sekiranya perlu.

Memang itulah diet saya untuk bulan puasa.

Rutin yang hanya sebulan dalam setahun itu bukan saja bagus dari segi kesihatan, bahkan saya dapat kekal bertenaga sepanjang berpuasa.

Biasanya masa moreh baru saya jamah nasi.

Ini juga baik dari segi kos harian. Contoh hari lain belanja makan saya RM30 tapi apabila bulan puasa tak meningkat RM60 atau RM50, sebaliknya cuma RM10.

Jadi, saya rasa sesuailah dengan konsep Ramadan kerana kita tahu ini bulan yang paling banyak berlaku pembaziran selain buatkan kita lebih menghargai rezeki.