berita

Saiful Apek Bebas Tuduhan Dadah Buat Kali Kedua

October 1st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Apek

Pada bulan Mei yang lepas, pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek telah diarahkan untuk membela diri berkaitan kes pertuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya.

Perintah membela diri itu diputuskan selepas mahkamah membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah pembebasan mereka tahun lepas.

Artikel berkaitan:

Bagaimanapun, Saiful Apek dan tiga lagi rakannya yang turut terlibat sama kini boleh menarik nafas lega apabila dibebaskan buat kali kedua oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, Shaiful Baharom, dan Noremy Mohamad dibebaskan pada 25 Jun tahun lepas kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Untuk makluman anda, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan rakan-rakannya didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Jun 2010 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan.

Sumber: Kosmo!

SKIP THIS AD ×