
Pelawak dan penyanyi, Saiful Apek berkongsi sejarah di sebalik nama pentas ikoniknya yang digunakan sehingga kini.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Nak Tahu Keburukan Diri, Tanya Dengan Orang Yang Benci Kita’ – Saiful Apek
Artikel Berkaitan: Individu Syukur Atas Teguran, Dedah Saiful Apek Ubah Cara Beri Salam – ‘Sejak Hari Itu, Saya Biasakan Sebut As-Salaam’
Nama gelaran
View on Threads
Menurut Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, walaupun gelaran Apek sangat sinonim dengan masyarakat Cina namun dia menegaskan tidak mempunyai pertalian darah daripada keturunan itu.
Katanya, segalanya bermula daripada watak ‘Apek’ yang dibawakannya ketika menjadi pengacara bersama (co-host) dalam rancangan hiburan popular, Melodi sekitar tahun 1997 hingga 1998.
Menjelaskan lebih lanjut, Apek berkata gelaran itu kemudiannya menjadi semakin dekat dengannya selepas dia membintangi filem Senario The Movie pada tahun 1999.
Dari watak Apek (co host) dalam Melodi (1997-1998) & Senario The Movie (1999).
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya turut menceritakan pengalaman mereka menyaksikan Apek dalam rancangan hiburan itu.
Sumber: Threads