berita

Saiful Apek Direhatkan Untuk Perbicaraan Mahkamah

May 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Saiful Apek

Kami kira, isu perbicaraan berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah oleh pelawak terkenal, Saiful Apek dan juga 3 orang lagi pekerjanya sudah berlanjutan lebih satu tahun dan sehingga kini mereka masih dibicarakan.

Namun, semalam pihak mahkamah telah memerintahkan agar Apek dan tiga orang lagi rakan tertuduh agar membela diri. Disebalik perbicaraan ini, kami pasti ramai yang tidak berapa ‘terasa’ dengan isu ini dan ianya mungkin disebabkan Apek sendiri adalah juri tetap program realiti hiburan, Raja Lawak.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak Astro telah mengambil keputusan untuk merehatkan sementara Apek dari menjadi juri untuk Raja Lawak musim ketujuh.

“Kami sudah berbincang dengan Saiful dan kami ambil keputusan untuk merehatkannya daripada komitmen sebagai juri tetap Raja Lawak musim ini hingga kesnya selesai.

“Kami cukup profesional dan bertolak-ansur dalam hal sebegini,” ujar Nizam Sani, Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera agar tiada lagi kontroversi selepas ini.

SKIP THIS AD ×