
Pelawak terkenal, Saiful Apek sekali lagi mencuri perhatian dengan kata-kata hikmahnya yang mendalam dan penuh bermakna.
Artikel Berkaitan: Netizen Persoal Ahli Senario Tidak Sekaya Pelawak, Saiful Apek Tak Melatah Beri Respon
Artikel Berkaitan: Saiful Apek Terkilan Dituduh Terlibat Kes Dadah, Ingatkan Orang Ramai Tentang Rukun Iman Keenam
View on Threads
Menurut satu komen di Threads, Apek tampil memberikan kata-kata semangat khusus buat kaum lelaki yang sedang gigih berjuang mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Menurut Apek, sebagai manusia peranan kita hanyalah untuk terus berusaha sehabis baik dan tidak putus-putus memohon bantuan daripada yang Maha Esa.
Apek menekankan bahawa tugas manusia adalah pada prosesnya dan bukannya pada penentuan hasil akhir.
Doa tanpa usaha itu bohong, usaha tanpa doa itu sombong.
Usaha dan doa itu urusan kita, rezeki dan takdir itu urusan Allah SWT.
Apek memberikan respon seperti itu selepas peminatnya meminta ahli kumpulan Senario itu menitipkan sedikit motivasi kepada para lelaki yang mungkin sedang berasa lelah dalam mencari rezeki.
Komen itu kemudiannya mendapat reaksi positif daripada netizen.
Segelintir menyifatkan Apek bukan sahaja pelawak yang menghiburkan, tetapi seorang yang matang dalam memberikan perspektif positif terhadap kehidupan.
Sumber: Threads