berita

Sajat Masih Di Thailand, Polis Tunggu Keputusan Permohonan Ekstradisi

October 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.

Artikel berkaitan : Dipercayai Terima RM20k, Wan Besi Didakwa ‘Dalang’ Utama Pembolosan Sajat Ke Bangkok

Artikel berkaitan : Isu Sajat Loloskan Diri Ke Thailand Naik Kereta Api, Ini Respon KTM Berhad

Artikel berkaitan : Sangat Licik! Nur Sajat Guna Nama ‘Bella’ & Pembantu Di Malaysia Untuk Keliru Pihak Berkuasa

Artikel berkaitan : Guna Taktik Pakai Purdah, Bayar Sehingga RM20k Untuk ‘Loloskan’ Diri, Sajat Akhirnya Ditahan Di Bangkok

Susulan daripada penahanan Sajat, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk  membawa Sajat pulang ke Malaysia.

Pihak polis masih menunggu maklum balas

Sekadar gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, pihak polis masih menunggu keputusan mengenai permohonan ekstradisi Sajat dan proses berkenaan tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa Thailand.

Setakat ini masih tiada perkembangan dalam kes tersebut kerana permohonan ekstradisi bergantung kepada undang-undang negara Thailand. Jadi kami masih menunggu maklum balas daripada mereka.

Lapor Sinar Harian, permohonan ekstradisi itu turut dihantar kepada Australia iaitu negara yang usahawan tersebut dilaporkan memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikehendaki di Malaysia kerana telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×