
Usahawan dan personaliti media sosial, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa terharu apabila ramai pengikutnya yang singgah mengunjungi tempat kerjanya di Melbourne, Australia sempena Hari Raya Aidiladha.
Artikel Berkaitan: ‘Sedih Bila Tahu Rumah Ini Telah Dijual Tapi Saya Reda, Mungkin Bukan Lagi Rezeki Saya’ – Sajat
Artikel Berkaitan: ‘Hoi Saya Masih Hidup!’ – Sajat Mengamuk Didakwa Meninggal Dunia Di Hospital London
Ramai jenguk Sajat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan para pengikut yang masih mengingatinya.
Dalam pada itu, Sajat turut memaklumkan ramai yang datang ke tempat kerjanya tanpa sebarang pembelian namun hanya mahu bertemu dan berbual kosong dengannya.
Kepada semua pengikut saya yang datang dari Brunei, Singapore, Malaysia dan juga Indonesia semata-mata nak datang jumpa saya dekat Melbourne, terima kasih sangat.
Sebenarnya banyak lagi video yang masih belum dimuat naik. Bila dapat jumpa depan-depan, walau tak beli barang pun, dah cukup buat saya bahagia.
Bila cakap tentang perkara ini, rasa macam sebak dan sedih. Momen macam ini membuatkan saya rasa hubungan silaturrahim yang kita bina masih kuat dan masih ada kasih sayang.
Walaupun beli satu gincu, saya rasa sangat dihargai sangat.
Selain itu, Sajat turut mendedahkan dirinya menerima banyak kata-kata semangat daripada orang ramai untuk kembali bangkit dan memulakan kehidupan baharu sebagai ahli perniagaan.
Semua sokongan dan kata-kata daripada anda semua buat saya rasa lebih yakin untuk terus maju ke depan.
Ramai juga suruh saya bangkit dan buat bisnes. Sejujurnya, kata-kata itu sangat menyentuh hati saya.
Saya bahagia dan bersyuku dengan kehidupan sekarang. Mungkin satu hari nanti saya akan kembali dengan bisnes, semangat dan diri yang baru.
Sumber: TikTok @nursajat23