berita

Sakan ‘Joget’ Dalam Kereta, Nonny Nadirah Selesa Jadi Diri Sendiri

April 12th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sejak belakangan ini, tingkah laku pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah di media sosial menjadi perhatian netizen termasuk rakan artis. Kesemua mereka bimbang mengenai perubahan imej dan tingkah laku Nonny yang didakwa tidak sama seperti sebelumnya.

Artikel berkaitan: Kongsi Video Terbaru Pegang Burung, Nonny Nadirah Dah Tak Kisah ‘Teguran’ Rakan?

Terbaru, Nonny sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia menari di dalam kereta sambil membuat Instagram ‘live’.

Jadi diri sendiri?

Menerusi video berdurasi 0:29 saat itu, Nonny yang berpakaian serba hitam itu dilihat sedang menari di dalam kereta. Tingkah lakunya itu ditonton oleh 7 ribu lebih orang. Rata-rata netizen terkejut dan tergamam melihat aksi Nonny ketika ‘live’ tersebut. Mereka turut mendakwa Nonny seakan mahu menjadi diri sendiri.

Tak kisah teguran

Sebelum ini, rakan artis seperti Mila Jirin, Heliza Helmi dan Ika Nabila telah menegur tingkah laku Nonny. Namun, tiada sebarang penjelasan mahupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Nonny berhubung kontorversi yang berlaku. Nonny juga didakwa tidak kisah mengenai teguran yang diberikan oleh rakannya itu.

Sumber: Nonny Nadirah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×