berita

Sakit Badan Ganggu Prestasi Kerja Korang? Ni 5 Cara Mudah Bantu Korang Melegakannya!

August 5th, 2019 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Lenguh-lenguh badan, sakit di belakang tengkuk dan bahu kadang-kala boleh menganggu prestasi kerja sehingga menyebabkan takde mood untuk melakukan sebarang benda. Perkara ni mungkin terjadi kerana tekanan kerja yang banyak atau sakit yang tidak kritikal seperti demam dan sebagainya.

Ha.. Tapi korang tau tak sebenarnya, sakit badan ni boleh dilegakan dengan mudah tanpa mengambil ubat pon. Korang cuma kena tau teknik yang betul je. Ni kami nak share tips mudah untuk legakan sakit badan di tempat kerja.

1. Buat sedikit senaman ringan di tempat duduk

Siapa kata kalau sakit belakang tak boleh bersenam? Korang tau tak, senaman ni sebenarnya membantu untuk melegakan sakit korang tau. Korang jangan la bersenam beria-ria sangat. Cukup dengan membuat regangan menggerakkan pinggang, leher dan bahu korang sambil berdiri.

Sakit belakang ni juga boleh terjadi kalau korang tak banyak bergerak dan hanya duduk di tempat korang sambil menghadap komputer saja. Korang boleh je menggunakan tangga sebagai alternatif lif untuk menambah aktiviti aktif korang. Ni pon dapat membantu mengelakkan korang daripada sakit dan lenguh-lenguh badan tau!

2. Belajar titik-titik punca melegakan kesakitan

Pening kepala urut-urut masih rasa sakit. Kenapa ea?

Ni perkara biasa yang dihadapi oleh ramai orang. Punyalah picit tempat yang sakit tapi tak hilang-hilang juga. Tindakan korang picit tu dah betul tapi mungking korang tak tau titik-titik punca yang sebenar untuk membantu melegakan kesakitan atau menghilangkan kesakitan korang.

Korang mesti akan cakap bukan semua orang tau mengurut kan? Tapi sekarang kan dah dunia di hujung jari korang search je la, ramai orang kongsi teknik-teknik urutan yang betul kat media sosial. Kalau korang malas juga, cari sorang kawan korang yang pandai mengurut dan minta tolong diorang untuk urutkan. Settle!

3. Urutan spa (me time)

Me time ni amat penting setelah penat bekerja setiap bulan, sebab tu korang amat digalakkan untuk mencuri sendikit masa untuk diri sendiri. Me time ni penting untuk menenangkan dan memotivasikan semula diri korang untuk bekerja (recharge gitu). Yelah kadang-kadang kalau stress boleh jadi punca kesakitan korang!

So, apa kata waktu me time tu korang reward diri korang dengan mendapatkan urutan di spa. Spa ni bagus kerana tukang urutnya merupakan orang yang berkelayakan. Kebanyakkan spa juga suka menggunakan aromaterapi dalam urutan yang dapat membantu melegakan kesakitan dan memberikan korang ketenangan.

4. Kalau sakit teruk sangat? Pergilah dapatkan rawatan!

Tapi kalau korang rasa sakit korang tu teruk sangat sampai korang nak jalan pon sakit, nak tidur pon sakit. Korang ni wajib dapat dapatkan rawatan daripada profesional.

Mana tau korang pernah terjatuh pastu ada tulang beralih. Jangan nak pandai-pandai ikut tips ni kalau korang tak dapatkan rawatan profesional terlebih dulu.

Kalau korang tak pernah jatuh atau accident tapi masih ada sakit ni. Haa.. Baca tips terakhir ni.

5. Tampal koyok atau pun sapu minyak balm

Nampak macam simple,  tapi membantu untuk melegakan kesakitan? Korang hanya perlu tampal koyok atau sapukan minyak balm pada tempat yang sakit.

Koyok dan minyak balm ni bukan asing lagi sebab sudah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dulu untuk menghilangkan lenguh-lenguh pada badan mereka. Haa.. Ni ada satu jenama minyak balm yang memang legend dalam melegakan kesakitan badan di mana saja. Kami yakin korang mesti approve!

Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost boleh bantu korang!

Jenama yang dipercayai ramai sejak turun temurun lagi. Tipulah kalau korang tak pernah nampak minyak balm dengan botol kaca beserta gambar harimau pada pembalutnya masa kecil-kecil dulu.

Sekarang ni minyak balm turun temurun Tiger Balm telah hadir dalam pakej tiub yang mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost , bukan saja mampu melegakan ketidakselesaan dan tekanan yang korang hadapi kerana sakit belakang malah baunya juga tak kuat tau macam minyak balm yang lain.

Selain tu, Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost juga tidak mempunyai tekstur berminyak atau melekit yang boleh buatkan korang rasa tak selesa. Kami yakin korang mesti suka Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost ni, sebab bukan je terbukti berkesan malah merupakan jenama yang dipercayai sejak turun-temurun.

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Tiger Balm Neck & Shoulder Rub Boost atau produk lain daripada Tiger Balm ni korang boleh layari saja laman web rasmi Tiger Balm atau Facebook Tiger Balm Malaysia.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×