berita

‘Sakit Beranak Pun Tak Gini’ – Wanita Kongsi Pengalaman Derita Kutu Babi Masuk Telinga

January 28th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang wanita kongsi pengalaman derita telinga dimasuki kutu babi sehingga membuatkan dirinya mengalami trauma teruk. Bayangkan menurut wanita ini, kesakitan wanita ini lebih dahsyat dari bersalin sehingga memberi kesan kepada otak. Seramnya baca!

Rasa ngilu sampai ke otak

Dugaan pkul 4 pagi tadi. Allah nak uji, menegur Kak Arahh, Dia datangkan ujian sebegini untuk sedar akan suatu kesilapan. Sebelum tido semalam Kak Arahh tukar cadar dalam bilik. Pukul 1.15 pagi maybe baru terlelap. Pukul pagi tu tersedar, rasa macam ada benda duk kat telinga. Bila sentuh dipermukaan lubang telinga tu rasa ada sesuatu, tapi nak ambik takleh..

Kak Arrah kejut suami dan cuba gunakan besi korek telinga tu tapi benda tu keras. Agak licin tapi malang benda tu makin masuk kedalam start sakit doh. Dia gerak-gerak tu rasa ngilu sampai ke otak. Allahu sakit sangat, sakit takleh bawa bincang.

Macam korek-korek otak

Teringat orang cakap, kalau ada benda masuk telinga. Letak minyak angin dipermukaan, kalau benda hidup dia akan keluar. Kak Arrah suruh suami titik. Rupakan tersasar jauh benda tu makin agresif tahap terlampau. Allahu dia korek masuk sungguh sungguh hati. Sakit tak dapat digambarkan. Jerit mcam budak, tak tahu nak cakap sakit macam mana. Macam korek-korek otak.

Sakit perut nak beranak pun tak sakit gini. Siap boleh suka-suka lagi tapi sakit kali nih jatuh air mata. Telepon ke abah suruh mari rumah ni selalu nak tinggal Lissa dan Dilla tengah tido. Sekali benda tu gerok, rasa nak nangis. Allahuakbar, mari fikir bukan-bukan sampai di hospital, terus masuk kecemasan. M.A cakap macam rasa semut jah, takleh nak ambik sebab duduk dalam. Dia kata kena matikan dulu benda tu.

Keluar darah, sakit berdenyut

Dia cakap sebesar mana sangat kalau semut. Lepas bubuh 10 minit benda tu tak gerak doh. Senyap doh tapi sakit berdenyut tuhan jah tahu. Dia cakap boleh balik doh. Nanti dia akan keluar sendiri dan hancur. Kak Arrah tak puas ati, suruh doc check plak. Doc cakap ada serangga..ada darah..mungkin kena gigit dengan benda itu. Tapi takleh nak buat keluar sebab terlalu dalam rapat di gegendang dan bagi ubat titik untuk benda tu bila, dia mereput sendiri la.

Balik rumah tak senang duduk, berdenyut sakit dooh. Takleh nak tido, telinga jadi tak dengar langsung doh. Sakit kepala abis sampai belakang telinga pun mula bengkak sampai ke subuh..huwaaa. Sakit pun takda beza. Masa dalam kereta berasa ada basah di telinga. Ingatkan air ubat benda tu keluar dah. Keluar darah, sakit berdenyut. Last-last singgah masuk klinik primer selalu. Takleh nak tahan sungguh.

Tiga kali korek dengan pengepit

Masa tu doc tak sampai lagi, tunggu 10 minit doc panggil. Dia check cakap kalau takleh nak ambil, kena refer kecemasan. Kecemasan just buang kan dia, bukan matikan sebab dalam sangat. Tapi dia cuba dulu, kalau tak boleh juga baru dia refer hospital. Dalam kepala duk fikir doh, kalau takleh keluar juga memang confirm akan ke hospital. Dua orang doktor nak buang benda tu, sakit dia Ya Allah menggelupur weh.

Payah nak ambik sebab benda tu keras dan licin. Tiga kali korek dengan pengepit baru boleh buat keluar, azabnya main ngan benda gini. Masa doktor boleh buang tu mata tak jadi nampak sekejap. Doktor terus tunjuk pun takleh nak tengok, blink. Bedesing telinga. Darah tu takyah nak cakap lah, balik sampai rumah pun keluar lagi, luka bekas kuku and gigi dia. Macam pirah makan isi tapi dia agresif tu lagi dasyat lebih pada pirah..pirah dia duk setempat jah sampai kenyang, dia takde kuku. Ini kaki tajam, besar 2,3 ganda. Ni pun tak hilang lagi sakit kepala.

Sumber : Wan Farah Hanis

The following two tabs change content below.