

Sekadar gambar alasan
Gara-gara berang mi segera dimakan adik, seorang lelaki tergamak membakar kaki ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kota Medan, Sumatera Utara pada Ahad lalu.
Berang ibu bela adik

Menurut sumber, lelaki terbabit yang berada di bawah pengaruh alkohol dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan tindakan adiknya yang selamba menghabiskan mi segera yang dimasaknya. Selepas daripada itu, berlakunya pertengkaran antara dua beradik itu dan bimbang pergaduhan berpanjangan, si ibu mula masuk campur untuk menyelesaikannya. Tetapi tindakan si ibu yang membela si adik membuatkan suspek semakin marah.
Suspek kemudian bertindak agresif dengan menyimbah sebotol minyak tanah ke kaki ibunya sebelum menyalakan api. Susulan daripada tindakan suspek, kaki mangsa mula terbakar dan mangsa kini dikatakan terbaring di rumah ekoran kakinya yang melecur teruk.
Difahamkan, suspek telah dibawa ke balai polis dan setakat artikel ditulis, mangsa dikatakan masih belum membuat laporan polis selain meminta anaknya itu dibebaskan.
Sumber: Wartabanjar, Sumutinews








