berita

Sakit Hati Kena Halau Rumah, Suami Cakap Tak Sengaja Racun Isteri Sampai Mati

March 10th, 2022 | by Zulaikha
Hollywood

Sekadar gambar hiasan 

Gara-gara menghalau suami dari rumah, seorang wanita dilaporkan maut selepas dipercayai diracun oleh suaminya sendiri di Dusun Kemuning dalam wilayah Jawa Timur, Indonesia.

Racun isteri sendiri

Foto: Berita Jatim

Memetik laporan media tempatan, suspek dikenali Samiro Putra berusia 45 tahun didakwa meletakkan sisa racun tikus di dalam jag air kopi yang disediakan di warung milik mangsa.

Ujar suspek lagi, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk membunuh mangsa dan hanya mahu memberikan pengajaran.

Namun isterinya, Ponisri dikatakan minum air tersebut sehingga habis bersama seorang pelanggan warung, Nur Ahmadi Wijaya.

Saya sakit hati kerana diusir keluar rumah selepas 23 tahun hidup bersama. Saya tiada wang dan hilang tempat tinggal (kata suspek dengan muka kasihan).

Menerusi sidang akhbar bersama pihak polis, lelaki ini akui menyesal atas perbuatannya dan tidak menyangka tindakan tersebut bertukar kepada kes bunuh.

Difahamkan racun tikus dan serangga dibeli dua bulan yang lalu dan akan digunakan oleh suspek untuk meracun tikus yang berada di hutan. Bukan itu sahaja, suspek turut mengaku sudah tidak dapat ‘berhubungan’ seperti suami isteri sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber: Berita Jatim

SKIP THIS AD ×