berita

Sakit Perut Teramat, Tak Boleh Bernafas’ – Shera Aiyob Selamat Jalani Pembedahan Buang 8CM ‘Cyst’

March 18th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon dan pengacara, Shera Aiyob memaklumkan dirinya telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan ‘cyst’ sebesar 8 sentimeter (sm), baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Zahiril Adzim & Isteri Tak Kisah Anak Ceburi Bidang Seni

Artikel berkaitan: Ditegur Tumpahkan Perfume Dalam Handbag, Lihat Cara Anak Shera Aiyob ‘Pujuk’ Ibunya

Dimasukkan ke wad

Menerusi hantaran di Instagram, Shera terpaksa dimasukkan ke wad hospital selepas mengalami rasa sakit perut yang teramat sangat.

Saya berasa sakit perut yang teramat sangat kira-kira jam 2 pagi sampai dada berasa sempit dan tak boleh bernafas.

Saya sampai di bahagian kecemasan hospital pada jam 3.30 pagi dan terus dimasukkan ke wad.

Menurutnya, doktor memberitahu kemungkinan besar ketumbuhan ‘cyst’ itu sudah pecah dan perlu segera menjalani pembedahan.

Saya berasa seriau tapi terpaksa menjalani pembedahan berkenaan.

Dalam jam 11 malam, doktor melakukan bius dan pembedahan mula dijalankan. Saya hanya dikejutkan pada jam 1.30 pagi dan diberitahu pembedahan sudah selesai.

Disahkan ada ‘cyst’

Mengulas tentang ‘cyst’ tersebut, isteri kepada pelakon Zahiril Adzim ini pada awalnya mendapat tahu dirinya ada ketumbuhan sebesar 5 sentimeter pada 14 November tahun lalu.

Saya terpaksa buat ‘scan’ di klinik sebab sakit perut sangat. Selepas dapat tahu mengenai ketumbuhan itu, doktor di klinik itu minta saya buat rawatan lanjut di hospital.

Saya paksa rela ke hospital dan disahkan memang ada ‘cyst’ tapi Alhamdulillah diberi pilihan untuk makan ubat dulu.

Tapi selepas buat pemeriksaan lagi pada 14 Februari lalu, doktor beritahu saiz ‘cyst’ sudah hampir 8 sm dan doktor cadangkan untuk buat pembedahan.

Tambahnya, dia merancang untuk menjalani pembedahan tersebut selepas raya tetapi ditakdirkan lebih awal.

Saya terpaksa menjalani pembedahan itu selepas sakit perut teramat sangat dan pembedahan terpaksa dijalankan segera pada 12 Mac lalu.

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat sepanjang saya di hospital. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kerana saya sangat menghargainya.

Semoga semua yang mendoakan juga mendapat keistimewaan dan keberkatan pada Ramadan yang mulia ini.

Sumber: Shera Aiyob

SKIP THIS AD ×