
Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan tampil memohon maaf kepada individu yang memintanya dia berhenti menyanyi secara terbuka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Terpaksa ‘PJJ’, Suami Bertugas Di Perak Sejak Januari – ‘Ada Ruang Untuk Kami Saling Merindui’
Artikel Berkaitan: ‘Badan Saya Tidak Senang Lekat’ – Elizabeth Tan Dedah Alami Keguguran Kali Kedua, Kemenangan Di FFM33 Ubat Duka
‘Sorry’

Menerusi hantaran di platform Threads, seorang individu mencadangkan supaya Elizabeth berhenti menyanyi kerana mendakwa tidak tahan mendengar suaranya.
Boleh tak suruh Elizabeth Tan berhenti menyanyi? Sakit telinga aku.
Perkongsian individu itu tular dan meraih perhatian pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei yang kemudian tampil memberikan respon.
Selebriti berusia 32 tahun itu memohon maaf berserta emoji sedih.
Netizen berlainan pendapat


Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen berpendapat bahawa Elizabeth tidak perlu memohon maaf kerana bagi mereka hantaran tersebut hanya bertujuan mengundang kecaman terhadap dirinya.
Dalam masa yang sama, netizen turut memberikan kata-kata semangat agar Elizabeth tidak berputus asa dalam meneruskan kariernya sebagai penyanyi.
Sumber: Threads








