berita

Saksikan Malam #BaikSemula Sabtu Ini, Program Istimewa TV3 Dedikasi Kepada Wira Negara

August 25th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada 28 Ogos 2021 dari pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam.

Rai wira negara

Malam #BaikSemula memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas hadapan yang komited dengan amanat yang diberikan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020. Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Dato’ Azizulhasni Awang, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani, Douglas Lim dan ramai lagi. Para penonton juga akan disajikan dengan beberapa muzik video pilihan yang menjadi peneman dan pemangkin semangat rakyat Malaysia tatkala diuji dengan pelbagai rintangan dan menempuhi detik-detik yang paling mencabar ini.

Pada malam itu, Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana akan mendalami jiwa atlet negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang telah mengharumkan nama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau akan menceritakan persiapan rapi yang dilakukan ketika keadaan pandemik Covid-19 masih berleluasa. Saksikan juga temu bual bersama Jennifer Asha Clement, jururawat Unit Rawatan Rapi di Hospital Sungai Buloh yang ditugaskan untuk menjaga pesakit Covid-19 yang kritikal. Selepas paparan Majalah 3 pada 17 Mei 2021, pastinya penonton ingin tahu tentang perkembangan terkini di sana dan harapan beliau tentang perjuangan pandemik ini.

Kita akan #BaikSemula

Lagu tema kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique telah menyuntik semangat dan memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kita pasti akan baik semula. Ikuti perkongsian mereka di sebalik tabir pembikinan muzik video dan juga apakah harapan mereka menerusi perjuangan ini.

Malam #BaikSemula juga mendedikasikan lagu-lagu pilihan kepada mereka yang membanting tulang untuk memerangi pandemik Covid-19 ini termasuk barisan petugas hadapan dan wira-wira negara yang tidak didendang. Antaranya, ‘Baik Semula’ kolaborasi antara Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique, ‘Bangkit’ oleh Salamusik dan Altimet, ‘Anugerah Terindah’ daripada Alif Satar & The Locos, ‘Warna Warni’ kolaborasi istimewa Aina Abdul dan Daniesh Suffian, ‘Sengsara’ buah tangan baharu daripada Khai Bahar untuk tonton CINEMA original, Dendam Penunggu, ‘Nota Hasratku’ oleh Ahmad Adly dan tidak ketinggalan juga lagu hits daripada ikon KPop, BTS iaitu ‘Permission To Dance’.

Selain itu, nantikan Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman dan Ahmad Adly iaitu barisan pelakon utama dari Dendam Penunggu, sebuah filem seram yang bakal strim di tonton CINEMA tidak lama lagi.

Jangan lupa janji temu anda di Malam #BaikSemula, 28 Ogos 2021, pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam di TV3 dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia Gunakan #KitaMalaysia #BaikSemula untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

SKIP THIS AD ×