berita

Salah ‘Landing’ Selepas Jaring Gol, Haziq Hussni Patah Pergelangan Tangan

January 15th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pergelangan tangan pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni dilaporkan terkehel dan patah selepas terjatuh ketika bermain bola sepak pada Ahad malam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menyamar Jadi Cici, Haziq Hussni Terima ‘Surprise Sweet’ Dari Isteri

Salah ‘landing’ ketika raikan gol

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAZIQ HUSSNI (@haziq_hussni)

Menerusi Instagram, Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni memuat naik gambar tangannya yang dalam keadaan berbalut dipercayai selepas menerima rawatan di sebuah hospital.

Dapat dilihat, terdapat paparan sinar x-ray menunjukkan keadaan terkini tangan bekas penyampai radio Hot FM itu di hantaran yang sama.

Malang tak berbau, dia punya pedih Allah ja yang tahu. Pergelangan tangan patah dan terkehel jatuh semalam.

Alhamdulillah, saya okay. Terima kasih semua yang mendoakan.

Dalam pada itu, Haziq menjelaskan bahawa pergelangan tangannya patah selepas terjatuh ketika meraikan gol ketika bermain bola sepak.

Ia berlaku selepas saya menjaring gol dan kemudian silap ‘landing’ menyebabkan kecederaan itu. Sebaik sahaja ke hospital, doktor mengesahkan pergelangan tangan saya patah dan mengalami dislokasi.

Sewaktu doktor betul kedudukan akibat dislokasi itu, sakitnya tidak terhingga. Tangan saya terpaksa disimen daripada pergelangan sehingga bahagian siku.

Tambah pengacara berusia 34 tahun itu lagi, dia juga perlu menjalani pembedahan memasukkan besi pada pergelangan tangannya.

Sekarang saya perlu tunggu bengkak itu reda dan kemudian masukkan besi. Doktor cakap paling-paling enam minggu hendak sembuh kerana luka pembedahan itu perlu penjagaan rapi.

Sumber: Instagram, Harian Metro

SKIP THIS AD ×