berita

Salah ‘Parking’ 2 Hari, Jiran Tak Puas Hati Didakwa Umpil & Isi Sampah Dalam Kereta

July 20th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Hidup berjiran bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali apabila ‘dikurniakan’ dengan jiran-jiran yang kurang memahami dan tidak bersifat toleransi.

Seperti perkongsian seorang lelaki di laman TikTok yang berang selepas kereta miliknya diisi dengan sampah hanya kerana tersalah masuk petak parkir.

Kereta kena umpil

Dalam satu perkongsian milik pengguna @bundlekitaa_, dilihat sebuah kereta yang telah diisi dengan sampah sarap di bahagian tempat duduk pemandu.

Menerusi perbualan dalam klip tersebut, dipercayai mangsa keadaan telah tersalah masuk petak parkir, dan pemilik petak tersebut telah bertindak mengisi kereta berkenaan dengan sampah sarap.

Beragak la bang… orang salah letak je pun.

Saya salah letak kereta, awak (sepatutnya) clamp kereta saya.

Bukan itu sahaja, menerusi ruangan komen, kereta tersebut difahamkan pada asalnya berkunci, namun didakwa telah diumpil dan dibuka kunci oleh si pelaku.

Dalam satu hantaran yang berbeza, pemilik video mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut serta melampirkan gambar salinan laporan polis yang dibuat.

Park sampai dua hari

Menjengah ke ruangan komen, meskipun ada yang turut berang dengan tindakan tersebut, namun ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan pemilik video yang meletakkan kereta di petak yang salah sehingga dua hari.

Sumber: TikTok @bundlekitaa_

SKIP THIS AD ×