Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.23 malam Ahad di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah.
Artikel Berkaitan: Bapa Siti Nordiana Meninggal Dunia
Pendarahan otak
Berita sedih itu disahkan sendiri oleh anak Allahyarham, Fatihah Salahuddin menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Facebook.
Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023.
PM ucap takziah
Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini. pic.twitter.com/CjXqohVjTs
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 23, 2023
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan takziah di atas pemergian Salahuddin yang disifatkannya sebagai seorang yang banyak berjasa sepanjang berkhidmat sebagai seorang menteri.
Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.
Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Pulai itu disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar dan menjalani pembedahan di HSB.
Allahyarham kemudiannya ditidurkan selepas selesai menjalani pembedahan.
Kami di OhBulan! mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.