berita

Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Selepas 36 Tahun Hidup Solo

September 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi veteran, Salamiah Hassan, selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Gerald Hughes yang berasal dari Australia. Menerusi Instagram, majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Tasmania Australia, awal pagi tadi. Tahniah!

Dah lama ajak kahwin

Menurut Salamiah, mereka telah menjalin hubungan cinta secara on dan off sebelum ini. Tambah Salamiah, kesabaran dan pandemik yang berpanjangan telah membuatkan hatinya terbuka untuk mengahwini Gerald. Ujar Salamiah lagi, suaminya sudah lama mengajaknya untuk berkahwin.

Tapi, saya yang tidak bersedia. Namun, dia cukup sabar menunggu dan pandemik juga membuatkan saya terfikir betapa singkatnya hidup ini. Pandemik telah mendekatkan saya dengan dia walaupun kami berjauhan dan akhirnya hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai pasangan hidup saya.

Kata Salamiah lagi, dia tidak mendapat sebarang tentangan daripada pihak keluarga Gerry mengenai perkahwinan mereka itu.

Mereka sudah lama mengenali saya. Begitu juga dengan anak-anaknya. Mereka juga mahu Gerry mengahwini saya.

Dalam pada itu, Atilia yang tidak dapat berada di Tasmania untuk menyaksikan pernikahan ibunya yang bersejarah itu menyatakan rasa syukur dan gembiranya. Atilia turut memuat naik rakaman video mengenai majlis pernikahan ibunya di Instagram.

Sumber: Atilia Haron & Getaran

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×