Pempengaruh media sosial, Yuti berkongsi rakan seperjuangannya, Sally menerima hadiah istimewa iaitu sebuah kereta jenama Range Rover daripada Datin Marlinda sebagai penghargaan atas usaha gigihnya.

Artikel Berkaitan: ‘Maaf Andai Saya Melebih Dalam Live Fattah & Amira’ – Yuti

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ikut Kehendak Pengantin Mahu Santai’ – Radin Ulas Dakwaan Tak Formal Jadi Hos Majlis Nikah Fattah & Amira

Alhamdulillah

Menerusi perkongsian di Threads, Yuti menyifatkan pemberian itu sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan usaha gigih Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah sepanjang tempoh kerjasama dengan Datin Marlinda.

Alhamdulillah. Tahniah kerana berjaya mencapai target sale bersama insan hebat, Datin Marlinda.

Reward ini adalah hadiah istimewa dari Marlinda buat Sally sempena ulang tahun kelahiran dan pencapaian sale sepanjang collaboration.

Rezeki memang tidak pernah salah alamat, bila Allah nak bagi Dia datangkan dalam bentuk yang tidak disangka-sangka, mencurah sampai tidak muat tangan nak tadah.

Perkongsiannya itu kemudian mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Sally.

Sumber: Threads