
Personaliti media sosial, Sally Whoo berkongsi pengalaman selepas bersalin anak kembar yang kini berusia empat bulan.
Artikel Berkaitan: Sally Terima Hadiah Range Rover, Yuti Luah Rasa Bangga – ‘Reward Ini Adalah Hadiah Istimewa Daripada Datin Marlinda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo & Suami Kongsi Rezeki Dengan Jururawat, Netizen Doa ‘Traffic Light’ Selalu Hijau
Anak kembar
Ketika ditemui OhBulan!, Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah akui tidak mudah menguruskan anak kembar namun bersyukur mampu mengupah pembantu untuk meringankan kerja.
Selain itu, Sally turut berkongsi cabaran menguruskan anak kembarnya yang sering melalui keadaan sama, di mana jika seorang jatuh sakit, seorang lagi juga akan turut sakit.
Sangat mencabar sebab dua sekali. Tapi Alhamdulillah saya ada pembantu yang sama-sama tolong jaga. Dapat kurangkan sikit cabaran itu.
Cabarannya adalah bila seorang nangis, seorang lagi akan menangis. Kalau sakit, sorang lagi akan sakit.
Kita panik sebenarnya. Jadi, sebelum bersalin dah siap-siap belajar macam mana nak jaga bayi.
Sally berkata demikian ketika ditemui pada majlis Asia – All Star Influencers Award Iftar Night yang berlangsung di Studio 38, Kota Damansara pada Sabtu.
Mengulas mengenai kesibukan kerjanya, Sally memaklumkan dia kini lebih banyak bekerja pada waktu malam menerusi siaran langsung, sekali gus terpaksa mengorbankan masa bersama anak-anak.
Kadang-kadang ada saja saya tinggal anak-anak lama. Tak terbahagi masa dengan kerja.
Sebab kita kena kerja dan waktu tak tetap. Kita buat siaran langsung sampai pagi.Macam puasa ini, kita siaran langsung lepas tarawih sampai sahur.
Selalunya saya akan ada di rumah waktu siang. Malam saya lebih kepada bekerja.
ASIA
Dalam perkembangan lain, Sally turut telibat dalam projek pembinaan jenama dan produk sendiri menerusi pelaksanaan Influencer Partnership Program (IPP) yang diperkenalkan oleh All Star Influencers Award (ASIA).
Menurut pengerusi iaitu Datuk Abd. Rahman Soltan, program ini memilih pempengaruh yang berpotensi untuk menjayakan produk mereka sendiri menerusi bantuan daripada ASIA.
Melalui program ini, kami memilih pempengaruh yang berpotensi untuk menghasilkan dan menjual produk mereka sendiri. ASIA bertindak sebagai badan induk yang membantu dari segi pembangunan produk sehingga pemasaran.
Apabila mereka mempunyai jenama sendiri, mereka dapat membina sumber kewangan yang lebih kukuh dan mampan. Ini adalah usaha kami untuk membantu anak muda berani berniaga dan membina jenama sendiri.
Dalam pada itu, Abd. Rahman nekad meneruskan program ini setelah melihat kejayaan pempengaruh dan selebriti popular, Sally Whoo membuktikan potensi besar apabila bermula dengan hanya dua produk sebelum berjaya menjana jualan mencecah jutaan ringgit.
Berkongsi lebih lanjut, ASIA akan turut diperluaskan ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan lebih 20 negara Asia sejak 2023.
Untuk tahun ini, kami memberi fokus membantu mempromosikan industri Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) melalui pelbagai program dan acara antarabangsa.
Persiapan sudah dilakukan dan mendapat sambutan yang baik. Kini hanya menunggu masa untuk pertandingan berlangsung.
Antara program yang dirancang termasuk penganjuran kejohanan tinju antarabangsa di Dubai yang melibatkan 10 negara selain acara bola sepak persahabatan Malaysia-Indonesia, kejohanan snuker dan beberapa program sukan lain.