berita

Salman Khan Nafi Rahsiakan Perkahwinan & Sorok Anak Di Dubai

July 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan telah menafikan dakwaan bahawa dia mempunyai isteri dan seorang anak yang berusia 17 tahun yang kononnya disorokkan di luar negara.

Dakwaan Salman Khan dah berkahwin dan ada anak

Penafian tersebut dibuat oleh Salman Khan sendiri menerusi program bual bicara Pinch musim kedua yang dihoskan oleh adiknya iaitu Arbaaz Khan.

Ketika sesi temu bual, Arbaaz membacakan beberapa komen yang diberikan oleh netizen untuk abangnya itu. Salah satu daripada komen berkenaan mengatakan bahawa Salman sebenarnya sudah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Noor dan telah menyembunyikan isteri serta anak perempuannya di Dubai.

Di mana kamu bersembunyi? Anda pengecut? Seluruh India tahu anda berada di Dubai bersama isteri dan anak perempuan yang berusia 17 tahun. Berapa lama lagi anda nak perbodohkan kami?

Menafikan tuduhan tersebut

Terkejut mendengar dakwaan berkenaan, Salman dengan pantas menafikan tuduhan yang tidak masuk akal itu.

Mereka ini sangat mengetahui kehidupan peribadi saya. Ini semua sampah. Saya tidak tahu siapa mereka maksudkan.

Saudara, saya tidak pernah berkahwin dan mempunyai isteri.

Ujarnya lagi, Salman memberitahu bahawa dia telah lama menetap di Galaxy Apartment sejak umurnya sembilan tahun lagi. Walau bagaimanapun,  pelakon popular ini enggan memberi sebarang respon mengenai dakwaan tersebut kerana seluruh India telah mengetahui di mana tempat tinggalnya.

Sumber : Bollywoodlife

SKIP THIS AD ×