berita

‘Saluran Darah Okay, Jantung Arwah Dikatakan Agak Lemah & Gagal Berfungsi Sepenuhnya’ – Nora Ariffin

December 15th, 2019 | by Shira
Kini Trending

Jenazah Muhammad Syakir Alif Johan iaitu anak kepada penyanyi terkenal, Nora Ariffin telah selamat dikebumikan selepas zohor tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara iaitu berdekatan dengan pusara arwah ayahnya. Jenazah juga telah dibedah siasat oleh pakar perubatan dan hasilnya menunjukkan tiada sebarang komplikasi kronik dan tidak memberi petunjuk pelik sebagai punca kematian.

‘Akhirnya saya reda’

Menerusi laporan Berita Harian, Nora memberitahu pada awalnya dia tidak bersetuju untuk membenarkan bedah siasat dilakukan ke atas anaknya itu tetapi selepas membuat pertimbangan dan atas saranan keluarga, dia kemudian bersetuju.

Tambahnya lagi, hasil daripada bedah siasat mendapati anaknya itu tidak mengalami sebarang masalah serius dan saluran darah arwah berada dalam keadaan baik tetapi jantungnya dikatakan agak lemah dan menyebabkan ia gagal berfungsi sepenuhnya.

Saluran darah arwah okay… Jantungnya dikatakan agak lemah dan gagal berfungsi sepenuhnya. Juga ada kemungkinan seperti membengkak.

Namun, akhirnya saya reda dan percaya sudah sampai ajal Alif.

Tiada apa yang pelik timbul

Walaupun hasil bedah siasat tidak memberikan sebarang petunjuk pelik tetapi menurutnya doktor akan terus membuat siasatan mendalam berdasarkan analisis yang diperoleh daripada jenazah anaknya itu.

Saya juga tidak tahu apa yang terjadi ketika itu. Takut juga kalau arwah ambil ubat atau apa-apa yang memudaratkan.

Alhamdulillah, hasil siasatan, tiada apa yang pelik timbul (sebagai punca kematian). Saya berpuas hati dengan apa yang dilaporkan pihak hospital… Cuma perkara ini masih dalam siasatan selanjutnya.

Sementara itu, arwah dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah selepas menghantar Nora ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Sumber: Berita Harian