Penyanyi Sam Bunkface hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang bagi sebutan kes pindaan nafkah anak. Namun, tiada sebarang penjelasan lanjut yang dibuat olehnya.
Artikel Berkaitan: Tiada Persefahaman, Sam Bunkface Cerai Isteri
Enggan mengupas lanjut
Menerusi laporan Hlive, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar yang dilihat keluar dari Mahkamah yang ditemani adiknya yang juga seorang anak seni, Siti Saleha.
Apabila diminta untuk mengulas lanjut kes mengenai nafkah anaknya ketika itu, Sam memilih untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan.
Selamat berpuasa. Selamat beramal. Semoga Allah merahmati.
Bekas isteri tidak bersetuju
Walau bagaimanapun, bekas isteri kepada penyanyi itu, Aida Azira Hussin memaklumkan bahawa melunaskan nafkah merupakan tanggungjawab seorang bapa. Oleh kerana itu, Aida tidak bersetuju dengan permohonan yang dibuat oleh Sam berkenaan nafkah putera tunggal mereka, Maleeq.
Sudah tentu saya tidak bersetuju kerana itu memang tanggungjawab dia. Dia kena bayar nafkah ke atas anak secukupnya.
Dia (Sam) kena buktikan kalau tiada show atau pendapatan. Tapi kalau tengok dekat media sosial macam bertentangan dengan apa yang dia cakap.
Menurut Aida, sudah cecah enam bulan vokalis kumpulan Bunkface itu tidak berjumpa dengan anaknya. Tambahnya lagi, hubungan mereka hanyalah demi keperluan anak.
Sekadar info, Sam dan Aida mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015 dan bercerai pada Januari 2019. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Maleeq, 6.
Sumber: Instagram @officialhlive