berita

Sama Dengan Watak ‘Eddy’ Dalam Gol & Gincu, Fazura Akui Arwah Ashraf Banyak Ubah Hidupnya

February 19th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Pernah suatu ketika dahulu, filem Gol & Gincu yang diterajui oleh Nur Fazura menjadi ikutan remaja. Turut menjayakan filem itu adalah Allahyarham Ashraf Sinclair yang memberi kesan buat semua krew di dalam filem itu termasuk Fazura sendiri.

Di Instagram, pelakon tersebut meluahkan rasa sedih dengan pemergian arwah yang dianggap abang dan sahabat baik. Fazura memberitahu bahawa arwah sentiasa mendorong dirinya mengejar impian, bergembira dan menjadi pelindung, sama seperti watak Eddy yang dilakonkan dalam filem arahan Bernard Chauly itu.

Terduduk dan menangis

 

View this post on Instagram

 

The minute I got the news from Indonesia this morning, I immediately thought it was a hoax. No way I thought. Then, I was told it was confirmed by Doddy (Bunga’s manager). I sat down in disbelief with tears and all the memories of Ash came flashing by my eyes. Ash, It took me the entire day to digest the fact that you’re gone. It still doesn’t seem real. But I want to put my feelings out there because u mean so much to me. We grew up together in the early days of our career. Those many years and late nights of filming “Gol dan Gincu” has turn us all into a family. Ashraf was not only a co-star, the guy that changed Putri’s life from a cheerleader to a striker – but most importantly he was such a dear friend and brother who always wanted to protect me, cheering for me to succeed in life and be happy. We even became business partners for awhile when he then met the love of his life and decided to get married. I’ll never forget the light in his eyes when he spoke Bunga, how he was so in love and his excitement to propose. Ashraf was truly a person with pure heart of gold who only had empathy for others with immense positivity that would light up the whole room. Remembering him as someone who loved to laugh, loves his family, friends, his work, helping others and making people happy. And for that, I will miss him and our conversations dearly. I am forever grateful for our friendship and the fact that you managed to see get married. My heart bleeds for Bunga, Noah, Pak Mat, Ummi, Adam, Aisyah, Yuna and the entire family. My pain is only a fraction compared to what each of them are going through – especially Bunga. The memories of you two loving each other just makes me cry. I took comfort knowing that Allah SWT loves our Ashraf more than we all do and that he is at peace. I pray for you Husnul Khatimah and may Allah SWT grant you a beautiful place in Jannah.. Amin. To Bunga sayang, I wish to give u space at this most trying time of your life surrounded by your beloved family – away from your phone. Reaching out to you in a few days. I pray that may Allah SWT always bless you with HIS strength, rest-assured that you and Noah will always be watched over. Al Fatihah. ?

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Mendengar perkhabaran itu, saya terus menyangka ia berita palsu. Tak mungkin… Saya fikir. Tetapi apabila diberitahu, Doddy (pengurus Bunga) mengesahkannya, saya terduduk dan menangis sambil terus teringat kenangan bersama arwah dahulu.

Dari set penggambaran, kami menjadi rakan niaga sehinggalah arwah bertemu cintanya dan memutuskan mahu berkahwin. Saya tak akan lupa cahaya di mata arwah apabila dia bercerita mengenai Bunga (Bunga Cinta Lestari), bagaimana dia dilamun cinta dan keseronokan untuk membuat lamaran.

Menerusi Instagram Fazura, dia melahirkan rasa kesedihan apabila menerima berita duka pemergian Ashraf semalam. Fazura dan Ashraf pernah menjadi rakan niaga sebelum arwah mendirikan rumah tangga dan menetap terus di Jakarta.

Akan merindui kamu

Saya akan merinduinya dan kenang sampai bila-bila. Saya bersyukur dengan hubungan persahabatan kita sehingga awak dapat melihat perkahwinan saya. Kedukaan saya adalah cebisan kecil jika dibandingkan dengan apa yang dilalui keluarga Ashraf terutama Bunga.

Kenangan kamu dan Bunga yang saling mencintai, membuatkan saya menangis. Saya doakan kamu mendapat Husnul Khatimah dan Allah mengurniakan tempat yang indah di Jannah

Tambah Fazura lagi, Ashraf seorang insan yang suka ketawa, menyayangi keluarga dan sahabat, komited dengan kerjaya selain suka membantu orang lain. Perkongsian itu membuatkan ramai bersedih dan sayu.

Ramai sebak

Sumber : Fazura

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×