berita

Sama Tapi Tak Serupa – Bandingkan Barangan RM 2 MR.DIY & Jenama X, Mana Lagi Berbaloi?

March 12th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Sebagai pengguna, kita mestilah nakkan barangan yang berkualiti dengan harga yang terbaik betul tak? Kalau korang jenis rajin survey harga barang, korang akan perasan sesetengah kedai tawarkan benda yang sama tapi harga berbeza.

Haa, kali ni kami nak bawa korang tengok dan bandingkan barang dari MR.DIY dengan jenama X. MR.DIY memang terkenal dengan slogan ‘Always Low Prices’. Selain harga, kami juga akan highlight beberapa feature lain.

Skop apa yang kita nak review kali ni, merangkumi harga, material barangan, reka bentuk dan fleksibiliti penyimpanan. Korang mesti tertanya-tanya kenapa nak bandingkan MR.DIY dan kedai jenama X, betul tak?

Kami pilih MR. DIY sebab mereka ada banyak cawangan dan ianya retailer perkakas rumah, dengan kira-kira 14,900 unit penyimpanan stok (SKU), meliputi 5 kategori utama, iaitu perkakasan, keperluan dan perlengkapan rumah, barangan elektrik, alat tulis dan produk kelengkapan sukan dan lain-lain (yang terdiri daripada mainan, aksesori kereta, barangan kemas dan kosmetik). Paling penting, MR.DIY menawarkan pelbagai produk dari harga serendah RM2

Harapnya dengan battle ni, sedikit sebanyak ianya boleh la bantu korang yang ada bajet terhad untuk berbelanja dengan lebih berhemat.

MR DIY lebih berbaloi?

Betul ke MR.DIY lebih berbaloi? Ye, betul tu… Memang berbaloi shopping dengan MR.DIY. Misalnya pisau dapur yang MR.DIY tawarkan.

Korang yang nak buat kenduri dan nak masak gotong-royong, kami cadangkan beli je la pisau dekat MR.DIY. Dengan RM2 korang boleh dapat 2 bilah pisau ye. Kalau jenama X dapat sebilah pisau je.

At least, kalau beli dekat MR.DIY, satu rosak ada spare lagi satu. Takde la nak kena keluar dan beli lagi satu.

Kedua-dua kedai juga menawarkan set lengkap jug bersama cawan. Sama beb! Bezanya hanya pada harga. Korang boleh dapat set lengkap ni dengan harga RM2 di MR.DIY. Walaupun harganya tak banyak beza dengan kedai jenama X, tetap lebih murah dan ada penjimatan

Kit jahitan macam ni wajib ada kat rumah. Kalau emergency butang tercabut, bolehlah terus jahit. Jika tengok dari segi saiz memang jenama X ada kelebihan tapi kit menjahit MR.DIY  tawarkan lebih banyak pilihan warna benang dan ianya dilengkapi dengan jarum. Berbeza dengan jenama X yang hanya fokus pada benang saja.

Seterusnya, kita nak compare pulak penyepit baju dari jenama X dengan MR.DIY. Berdasarkan gambar pun kami yakin korang boleh lihat perbezaan dari kualiti.

Penyepit baju dari MR.DIY lebih sturdy berbanding jenama X. Harga dah ada dekat situ dan kami yakin korang boleh compare dengan bijak.

Selain itu, cutlery holder yang ditawarkan oleh MR.DIY dan jenama X. Dari segi design dan compartment, cutlery holder MR.DIY ada 4 compartment. Senang la korang nak asingkan sudu dan garfu. Manakala, jenama X hanya ada satu compartment.

Disamping itu, MR.DIY juga tawarkan 2 unit back scratcher untuk korang pada harga RM 2. Kalau korang beli dengan jenama X korang dapat 1 unit back scratcher sahaja. Kalau hilang, dah kena beli lagi satu. Double price tau. Rugi-rugi…

Kalau tengok dengan mata kasar memang la tak nampak sangat. Kena perhati betul-betul. Pisau cukur MR.DIY lengkap dengan 4 bilah mata pisau yang menjanjikan cukuran yang lebih smooth dan bersih.

Harga tak payah sembang la, memang MR.DIY lebih murah dan kualiti yang korang dapat pun lebih baik. Satu paket ada 3 shaver tau. Untung kan?

Jangan tak tahu, dengan hanya RM2 korang dah boleh dapat cotton bud di MR.DIY. 1 set cotton bud jenama X beri korang 180 cotton bud yang agak nipis. Manakala, MR.DIY bagi korang dua set cotton bud dengan setiap satu set memiliki 100 cotton bud yang tebal-tebal.

Macam dupes pun ada kan?  Sama semuanya, tetapi material yang digunakan berbeza. MR.DIY frame diperbuat daripada kayu manakala frame jenama X diperbuat daripada kain. Bukan sahaja berbeza harga dan warna, kualiti pun tak sama. Siapa yang kata MR.DIY tak ada barangan RM2 tu, nampak sangat tak menyelam betul-betul dekat MR.DIY.

Frame gambar ni sesuai sangat kalau korang letak gambar keluarga dan jadikan hadiah untuk sahabat.

To be honest, kami tahu ramai antara korang yang tak sedar betapa banyaknya range produk di MR.DIY yang korang boleh dapat pada RM2. Bawah RM2 pun ada tau!

Konklusinya, nak jadi pengguna bijak korang kena rajin survey dan alert dengan tarikh promosi yang ditawarkan oleh MR.DIY. Bolehlah dapat barangan dengan harga lebih murah!

Haa… Jangan tak tau, sebenarnya kita dah ada 560 cawangan MR.DIY diseluruh Malaysia. Jadi, apa lagi yang korang tunggu lagi? Jom, serbu semua cawangan MR.DIY sekarang jugak untuk  dapatkan produk-produk yang dijual pada harga serendah RM 2 ni, bagi penjimatan yang lebih maksima!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah ye:

Website: MR.DIY

Instagram: @mrdiy2u

Facebook: MR.DIY

SKIP THIS AD ×