berita

Sambut Ulang Tahun Ke-65, MYDIN Komited Bantu Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat Malaysia!

August 19th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Memandangkan kos sara hidup dan harga barangan semakin meningkat, ramai antara kita yang mengambil jalan untuk berjimat cermat dan mengehadkan perbelanjaan untuk menampung diri dan keluarga.

Memahami masalah yang dihadapi rakyat Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) telah menganjurkan Kempen MYDIN 65 Tahun “Bersama Keluarga Malaysia” dan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan menawarkan promosi dan penjimatan berganda bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Kempen ini telah mendapat kerjasama 84 jenama terdiri dari rakan-rakan strategik dan pembekal antaranya MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi. Lebih menarik, terdapat banyak aktiviti dan promosi sepanjang kempen ini berlangsung.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Jom kami kongsikan!

MYDIN bantu ringankan perbelanjaan isi rumah & peniaga terkesan dengan pandemik

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, MYDIN amat memahami kesusahan dan bebanan yang ditanggung oleh Keluarga Malaysia terutamanya dalam tempoh mencabar ini dengan kenaikan kadar inflasi dan harga barangan akibat gangguan global.

Tambahnya, kebanyakan isi rumah dan peniaga terkesan akibat peningkatan harga barangan dan masing-masing sedang berusaha untuk kembali pulih melalui fasa endemik ini. Ini juga merupakan masa MYDIN untuk tampil bersama-sama kita semua bagi membantu dan meringankan perbelanjaan rakyat.

Sebagai inisiatif, MYDIN menawarkan pelbagai promosi dan diskaun khas untuk pelanggannya! Tapi, korang kenalah mendaftar sebagai Ahli Kad Meriah dulu untuk menikmati harga diskaun dan tawaran hebat tersebut.

MYDIN tawarkan hadiah bernilai lebih RM1,000,000!

Kalau korang nak tahu, MYDIN bersama rakan-rakan strategiknya iaitu MyDebit, Boost dan banyak lagi telah merangka pelbagai aktiviti dan promosi menarik sepanjang kempen ini berlangsung sehingga 30 Oktober 2022 ini.

MYDIN turut bekerjasama dengan KPDNHEP bagi menghidupkan kembali perniagaan tempatan khususnya Industri Kecil dan Sederhana yang terkesan akibat pandemik Covid-19 baru-baru ini dengan mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia dan seminar keusahawanan “Bersama Kita Bangkit” serta memberi peluang kepada usahawan-usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka dan memasuki pasarannya melalui peraduan “Pitch to Win”. 

Yang lagi best, tiga pemenang bagi peraduan“Pitch to Win” akan memenangi pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 dan berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan MYDIN. Menariknya!

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan kempen ini, korang boleh layari laman web rasmi mydin.my. 

SKIP THIS AD ×