berita

Sambutan Hari Natal Di Sungei Wang Meriah Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM88,888

December 9th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Tahun 2020 terasa begitu pantas berlalu. Pejam celik, pejam celik, tak terasa langsung yang tak lama lagi Hari Natal bakal tiba.

Jadi, sempena sambutan Hari Natal pada 25 Disember nanti, Sungei Wang Plaza mengambil inisiatif untuk memeriahkan suasana perayaan ini dengan dekorasi krismas bertemakan circus di centre point shopping mall mereka.

Ada merry go round, beruang kutub & banyak lagi!

Menariknya, tema“Circus in Christmas Wanderland” yang dibawakan oleh Sungei Wang Plaza ini kelihatan cukup realistik dan meriah. Korang bayangkanlah ada merry go round di tengah-tengah Plaza Sungei Wang. Lengkap dengan hiasan “roulette” tau. Serius gempak!

Bukan itu saja, mereka juga ada beruang kutub yang dihias dengan pakaian krismas di dalam merry go round tersebut. Dengan hiasan bergemerlapan macam ni, terasa betul suasana sambutan hari Natal.

Di samping itu, setiap tiang dan  penjuru di Sungei Wang Plaza dihiasi dengan lampu-lampu LED, lampu bulat krismas, pokok krismas, kotak hadiah dan banyak lagi.

Kalau nak cantikkan Instagram feed korang, sini memang good spot untuk ambil gambar. Dah ala-ala sambut Hari Natal dekat luar negara. Dekat area ni juga ada dua gerai untuk korang beli minuman dan kek serta barangan seperti beg, wallet dan lanyard tag.

Lebih meriah dengan pelbagai hadiah untuk korang menangi

Selain suasana sambutan Hari Natal yang meletup, Sungei Wang Plaza juga ada menganjurkan peraduan cabutan bertuah RM88,888 Syioknya Beli & Menang.

Korang wajib join cabutan bertuah ni sebab syarat penyertaannya cukup mudah. Korang cuma perlu berbelanja RM68 maksima dalam 2 resit dan korang dah boleh join peraduan ini.

Ada banyak hadiah menarik untuk korang menang antaranya 3x motosikal Yamaha Y15ZR, 3x iPhone 12 pro, 3x 5g Goldwafer, 3x telefon pintar Realme c15 dan 158x baucar tunai bernilai RM158 untuk korang gunakan di Sungei Wang Plaza.

Banyak lagi deals yang korang tak boleh lepaskan…

Mereka juga ada 12.12 Deals, di mana mereka menawarkan diskaun sehingga 70% bagi produk terpilih bermula 11-13 Disember ini. Antara jenama yang menyertai 12.12 Deals termasuklah Levis, Famous Amos, Tomei, Realme dan banyak lagi. Barangan yang ditawarkan serendah RM2 tau. Rugi kalau korang grab!

Jangan lupa untuk menebus baucar tunai bernilai RM20** bila korang berbelanja RM100 maksima dalam 2 resit.

** Tertakluk pada terma & syarat

Hadiah istimewa untuk December babies!

Buat korang yang lahir pada bulan Disember, jangan lupa untuk singgah ke Sungei Wang Plaza dan tebus hadiah istimewa. Sungei Wang Plaza nak belanja korang makan tau. Nak tahu lebih lanjut mengenai tawaran yang mereka ada, korang klik saja link di bawah.

Apa tunggu lagi? Jom ke Sungei Wang Plaza sekarang!

**Tertakluk pada terma & syarat

Website: Sungei Wang Plaza

Facebook: Sungei Wang Plaza

SKIP THIS AD ×