berita

Sambutan Holiday Season Kate Spade New York Meriah Bersama Holiday Festive Bus!

December 3rd, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Meriah betul musim percutian kali ini kan? Akhirnya kita dapat kembali berkumpul bersama, bergelak ketawa, bersiap cantik-cantik untuk makan malam, menari, menyanyi dan macam-macam lagi.

Melihat kemeriahan sambutan Holiday Season di bandar New York yang begitu bewarna-warni dan penuh dengan keseronokan, Kate Spade New York, Malaysia mengambil inisiatif untuk menyebarkan kemeriahan tersebut melalui Holiday Bus Festive yang akan bergerak di sekitar lembah klang untuk menceriakan lagi hari korang.

Nikmati persembahan drumline!

Sempena sambutan Holiday Season kali ni, Kate Spade New York bawakan persembahan drum daripada Voice of Percussion. Persembahan ini akan berlangsung pada tarikh 4, 11, 18 dan 25 Disember bermula di Kate Spade New York The Gardens pada jam 1 petang, diikuti dengan Kate Spade New York Sunway Pyramid pada jam 2.30 petang.

Bagi yang tak sempat singgah ke dua lokasi diatas, jangan bimbang kerana persembahan drumline ini turut diadakan di di Kate Spade New York 1 Utama pada jam 4 petang dan di Kate Spade New York Pavilion pada jam 6 petang. Nanti ajak lah kawan-kawan dan ahli keluarga untuk sama-sama menikmati persembahan hebat Voice of Percussion. Confirm puas hati!

Kate Spade New York cart activation meriah dengan pelbagai sweet treats istimewa!

Selain itu, bersempena Kate Spade New York Cart Activation pada 4, 11, 18 dan 25 Disember di The Gardens, Sunway Pyramid, 1 Utama dan Pavilion, pelbagai sweet treats telah disediakan seperti customized cookies, disco ball pop cakes, gula-gula kapas dan juga popcorn bermula pada jam 12 petang hingga 8 malam.

Tapi, jangan lupa muat turun dulu WhatsApp Sticker Pack Kate Spade New York untuk menikmati sweet treats yang memang lazat ni! Stok adalah terhad tau, siapa cepat dia dapat.

Bergambar bersama Holiday Festive Bus Untuk peluang memenangi barangan impian bernilai sehingga RM5,000!

Disamping itu, jangan lepaskan peluang untuk menang Kate Spade New York holiday shopping spree yang bernilai sehingga RM5,000. Nanti boleh la beli-belah barangan Kate Spade New York yang di idam-idamkan tu. Nak menang pun mudah. Follow je step dibawah.

1 Ambil gambar Holiday Festive Bus milik Kate Spade New York sekreatif mungkin.

2 Post gambar tersebut di akaun Instagram atau akaun Tik Tok milik korang.

3 Pastikan post tersebut berada pada setting umum dan jangan lupa untuk letakkan hashtag #katespademy.

Muat turun WhatsApp Sticker Pack Kate Spade New York bermula 1 Disember.

Oh ya, jangan lupa untuk muat turun WhatsApp Sticker Pack Kate Spade New York secara percuma bermula 1 Disember ini tau. Rugi kalau korang tak muat turun. Ada 16 Sticker yang comel-comel, memang sesuai kalau nak hantar dekat rakan-rakan dan ahli keluarga!

Untuk muat turun WhatsApp Sticker Pack Kate Spade New York, klik je SINI dan ikut arahan yang telah dinyatakan. Mudah kan!

Meriah betul sambutan Holiday Festive Amelia Henderson, Elyn Leong, Eyka Farhana, Shalma Ainaa, dan Shalma Eliana. Siap ada makan-makan dan bertukar hadiah. Best betul!

Jangan lupa untuk sama-sama meraikan sambutan Holiday Festive bersama Kate Spade New York. Boleh menang holiday shopping spree sehingga RM 5,000, ada WhatsApp sticker Pack yang boleh di muat turun secara percuma, ada persembahan drumline Voice of Percussion dan banyak lagi!

Semoga dengan adanya usaha yang dijalankan oleh Kate Spade New York, percutian hujung tahun kita jadi lebih bermakna dan membawa kegembiraan untuk semua.

Klik link di bawah untuk mengetahui acara dan promosi terkini yang dianjurkan oleh Kate Spade New York, Malaysia.

Instagram: https://www.instagram.com/katespadeny/

Facebook: https://www.facebook.com/katespadeny

TikTok: https://www.tiktok.com/@katespadeasia?lang=en

YouTube: https://www.youtube.com/user/katespadenewyork/kate-spade-new-york

Mailing List: https://register.kspadeexperiencemy.com/

 

SKIP THIS AD ×