berita

Sambutan Raya Di Pavilion KL Bikin Netizen Teruja. Siap Boleh Join Anyam Ketupat Lagi!

May 16th, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Sekejap je masa berlalu, kita dah pun menjengah ke pertengahan Ramadan. Waktu-waktu macam ni korang mesti dah sibuk survey tempat membeli-belah yang sesuai untuk bawa family shopping raya kan. Siap ada yang shopping awal tau. Paling penting kena cari mall yang best dan meriah. Baru feel raya!

Admin dengar kata Pavilion KL tahun ni lebih meriah dengan tema ‘The Beauty of Raya’. Macam best je!

Dekorasi raya inspirasi daripada ketupat buat mood raya pengunjung lagi onz!

Macam biasa time raya kalau tak ada ketupat, memang mood raya tu tak sampai. Dan disebabkan itu juga, konsep dekorasi raya di Pavilion KL tahun ini mengetengahkan konsep ketupat yang sememangnya sesuai dijadikan simbolik kepada semangat perpaduan kaum terutamanya apabila menjelangnya hari raya.

Kalau korang nak tahu, bermula sekarang sehingga 13 Jun 2019, korang semua dialu-alukan berkunjung ke Pavilion KL untuk memeriahkan sambutan raya dekat sana. Sambutan raya tahun ni dengar kata lagi onz apabila Pavilion KL  dilihat berkolaborasi dengan Maybank, Kiehl’s dan Pandora. Admin sure bila korang lalu je dekat pintu masuk utama Pavilion KL  nanti, korang akan teruja melihat keindahan deretan replika bunga Calendula. Welcoming sangat weh!

Jangan lupa selfie & bergambar bersama keluarga

Nak ambil gambar lagi cantik, korang kena masuk terus ke bahagian Centre Court, Pavilion KL. Kat sini korang akan rasa seolah-olah korang dibawa ke dunia lain sebab di bahagian ruang tengah Pavilion KL tu akan nampak dekorasi raya yang memang cukup meriah dan luar biasa dengan pelbagai hiasan serta acara menarik. Siap ada ratusan ketupat comel bergantungan di angkasa tau. Uishh… lain macam feel raya kat sini.

Selain itu, korang dan keluarga juga bolej bergambar di pelbagai photobooths yang dihias cantik dan dipamerkan sesuai dengan semangat lebaran bertemakan ‘The Beauty of Raya’. Dan jangan lupa untuk upload gambar di media sosial korang kemudian letak hashtag #TheBeautyOfRayaxPKL sebab senang sikit admin nak stalk nanti. Hehe gurau je lah!

Juadah berbuka pun luar biasa weh

Paling penting kalau shopping raya time bulan puasa ni mesti la bab tempat berbuka puasa kan? Korang jangan risau kalau bawa keluarga shopping raya di Pavilion KL sebab pilihan juadah berbuka kat sini memang superb. Tak perlu pening-pening kepala nak pergi tempat lain. Pendek kata, semua jenis makanan yang best ada kat Pavilion KL.

Restoran Grandmama’s, Aras 6, Pavilion KL

Restoran Cloud 9, Aras 9, Pavilion KL

Macam-macam hadiah menarik daripada Kiehl’s & Maybank

Macam admin bagitahu awal tadi, sempena sambutan raya tahun ini, Pavilion KL berkolaborasi dengan Maybank, Kiehl’s dan Pandora. So, kalau korang dah puas membeli-belah di Pavilion KL, jangan lupa simpan resit pembelian untuk tebus pelbagai hadiah menarik daripada Kiehl’s dan Maybank macam kat bawah ni.

  1. Berpeluang menebus Festive Pouch dan satu pek sampul Hari Raya dengan minimum pembelian RM500 dalam satu resit atau minimum RM300 menggunakan Credit & Charge Card Maybank di mana-mana kedai terpilih.
  2. Berpeluang menebus Set Hydrator Calendula Kiehl’s bernilai RM250 (unisex) dan satu pek sampul Hari Raya dengan berbelanja minimum RM1800 dalam satu resit.

*Tawaran ini hanya terhad kepada 3000 pelanggan terawal yang menebus hadiah sahaja.
*Hanya satu Festive Pouch dan maksimum dua (2) paket Hari Raya dihadkan untuk satu pengunjung bagi satu hari.
*terhad kepada 500 terawal untuk satu kad keahlian satu hari.

Membeli-belah sambil beramal

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ni, sambil korang sibuk membeli-belah di Pavilion KL korang juga boleh sama-sama menyumbang melalui program CSR dengan inisiatif pihak Pavilion KL sendiri. Apa yang menariknya, kalau korang join program amal ini korang hanya perlu belajar menganyam ketupat kemudian hasilkan anyaman ketupat sebanyak mungkin untuk menderma.

Setiap satu anyaman ketupat yang terkumpul di Pavilion KL sangat bermakna untuk mereka yang memerlukan kerana satu anyaman ketupat bersamaan RM1. Pihak Pavilion KL menyasarkan untuk mengumpul 30,000 ketupat tau! So, tunggu apa lagi tu? Jom ke Pavilion KL pakat anyam ketupat. Dan admin difahamkan korang boleh pilih sama ada nak lepak menganyam ketupat terus di mall atau boleh juga buat dekat rumah korang sendiri je guna apa-apa bahan yang korang suka.

Jom ke Pavilion, Kuala Lumpur untuk pengalaman raya yang lebih syok tahun ini!

Kalau korang nak mood dan semangat raya korang lagi onz dan luar biasa tahun ni, admin sarankan korang ajak kawan atau family korang untuk ke Pavilion Kuala Lumpur hari ini juga! Jangan tangguh-tangguh lagi nanti habis pulak segala hadiah dan barangan raya yang tengah offer murah-murah kat situ. Lagipun raya kan semua nak hias cantik-cantik, jadi elok la ambil mood raya tengok dekorasi ‘The Beauty of Raya’ di Pavilion KL. Mana tahu dapat ilham.

Sebarang maklumat lanjut tentang kemeriahan sambutan hari raya di Pavilion KL, korang boleh layari laman sesawang rasmi Pavilion atau laman sosial Pavilion, Kuala Lumpur.

 

Official Website
Pavilion Kuala Lumpur
Facebook
Pavilion KL
Instagram
@pavilionkualalumpur
Twitter
@Pavilion_KL