Pelakon Rita Rudaini sempat meninggalkan respon terhadap perkongsian Bella Astillah di Instagram yang meluahkan isi hatinya berhubung rumah tangga bersama penyanyi, Aliff Aziz yang kini sudah menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Berkurung Tiga Hari Dalam Bilik Ketika Hamil Anak Kedua – ‘Rayyan Datang Ambil Tuala Lap Mata Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saya Ini Susah Menangis, Orang Nampak Kuat Tapi Saya Manusia Biasa’ – Rita Rudaini
Rita titip nasihat buat Bella
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 47, dilihat memberi kata-kata semangat buat Bella Astillah selepas sah bercerai dengan talak satu, pada Khamis.
Rita menasihati bekas isteri Aliff Aziz itu agar meneruskan kehidupan baharu tanpa menoleh ke belakang.
Jangan melangkah tapi berlari ke depan. Sampah tu biarkan saja nanti ‘bandaran’ datang kutip.
Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu dalam kenyataannya itu tetapi ‘bayangan’ tersebut seakan menggambarkan situasi yang dilalui Bella pada ketika ini.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan Bella akhirnya menemui titik noktah apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Imbas kembali, Bella memfailkan perceraian terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 11 Mac lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Sumber: Instagram Rita Rudaini