Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel memaklumkan kepada umum berhubung dirinya yang disahkan positif Covid-19 buat kali kedua. Menurutnya lagi, dia hanya duduk di rumah sahaja dan tidak merayau kemana-mana tanpa tujuan penting.
Artikel berkaitan: ‘Padahal Duduk Rumah Je’ – Aeril Zafrel Positif Covid-19 Kali Kedua
Sehubungan itu, Aeril Zafrel turut khuatir dengan keadaan isterinya, Wawa Zainal dan anak-anak yang tinggal serumah bersama.
Wawa dan anak-anak negatif
Difahamkan, sejurus Aeril disahkan positif Covid-19, Wawa dan anak mereka segera melakukan ujian saringan serta memisahkan tempat tidur dengan suaminya. Terkini, Wawa memaklumkan dia dan anak-anaknya disahkan negatif setelah melakukan ujian saringan tersebut.
Alhamdulillah, swab semalam Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi syukur ya Rabb. Cuma kadang-kadang takut. Sampai bila kita mampu bertahan dari Covid ni ya Allah. Risau sangat, adik beradik Wawa, anak saudara, ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka. Cepat la habis Covid, Kau angkat la virus ni ya Allah. Tak tenang dah kita.
Doakan kesembuhan mereka
View this post on Instagram
Sumber: Wawa Zainal