berita

‘Sampai Bila Nak Bermusuh?’ – Fasha & Nora Mohon Maaf

June 1st, 2018 | by Amat
Kini Trending

Perselisihan faham antara pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha terjadi sejak sekian lama dan kemuncaknya apabila Fasha Sandha mendakwa dirinya dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada tahun lepas kononnya atas arahan Nora Danish.

Walaubagaimanapun, Fasha Sandha dan Nora Danish telah menemui jalan penyelesaian bagi menghapuskan persengketaan itu demi anak-anak.

Demi anak-anak dan keluarga

Menurut mStar Online, Aktres jelita Fasha Sandha berkata jalan penyelesaian perlu dicari demi kebahagian anak-anak mereka dan tidak mahu terus bermusuhan dengan Nora Danish.

Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. Justeru jalan terbaik ialah berdamai dan hidup dalam harmoni.

Sehubungan itu, Nora Danish pula menjadikan mahkamah bagi cara untuk menyelesaikan hal berkenaan sehingga satu sidang media demi menamatkan persengketaan antara dua pihak. Bagaimanapun, Fasha Sandha telah memohon maaf kepada Nora Danish atas salah faham dan isu yang terjadi pada acara pertunjukan fesyen Aidilfitri tahun lepas.

Sampai bila nak bermusuhan?

Jadi, bila fikir balik, sampai bila kami nak bermusuh terlalu lama. Not good for kids to see mothers having problem (tidak baik bagi anak-anak melihat ibu mereka mempunyai masalah). Saya rasa, perdamaian ialah jalan terbaik. Ia sebab keluarga memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya. Hubungan anak-anak itu juga sangat rapat.

Nora Danish berkata dia positif untuk melihat berlakunya perdamaian antara dia dengan Fasha Sandha. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai. Kini, masing-masing telah berpisah dan memulakan kehidupan baru. Semoga Ramadan tahun ini menjadi detik terindah buat kedua keluarga Fasha Sandha dan Nora Danish.

Sumber: mStarOnline

SKIP THIS AD ×