berita

“Sampai Bila Nak Macam Ni?” – Ini 7 Tanda Korang Patut Breakup & Move On Dari Si Dia

June 17th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

It takes two to tango. Dalam setiap perhubungan, mesti kena effort daripada kedua-dua pihak. Kalau tak, relationship tu takkan ke mana. Korang mesti pernah tak rasa macam korang je usaha lebih? Tak pun, hubungan tu korang rasa makin lama makin hambar?

Haaa.. Meh Sis Katy share tanda-tanda korang kena undur diri daripada relationship. Takdelah korang terkapai-kapai dan syok sendiri kan.

1. Korang Yang Selalu Kena Minta Maaf

Korang rasa macam apa pun yang korang buat mesti salah dekat mata dia? Even, salah tu berpunca daripada si dia, korang jugak yang kena minta maaf. Haa.. Ni adalah warning sign yang korang patut breakup. Korang tak patut minta maaf dekat partner sebab jadi sendiri. Melainkan, memang benda yang korang buat tu salah.

Benda ni tak elok tau untuk mental health korang. Kalau lama-lama macam ni, boleh depressed nanti.

2. Tak Boleh Support Cita-Cita Partner

Adakalanya, kita kena berkorban sikit untuk si dia. Kalau dah nama sayang, kita mesti nak tengok dia hidup senang dan bahagia kan? Takpe, kalau berjauhan sikit. Korang still boleh kekal bahagia dengan si dia. Tapi, bila salah seorang tak boleh nak hormat keputusan ataupun cita-cita pasangan, ini antara tanda-tanda korang patut breakup.

3. Effort Yang Diberi Tak Sama Dengan Effort Yang Diterima

Korang dah bagi effort yang berlipat kali ganda dekat partner. Tapi, effort yang si dia tunjukkan hanya masa awal relationship korang je. Bila jadi macam ni, dah nampak terang-terang yang dia tak appreciate korang pun. Sampai bila nak macam ni? Korang kena start untuk move on. Jangan seksa hati korang dah okay!

4. Korang Dah Tak Sehaluan

Nak kahwin tak nak. Nak kerja jauh pun tak bagi.

Sebenarnya tak salah pun kalau korang nak sesuatu benda tu. Tapi, kalau masing-masing nak benda yang berlainan, salah seorangnya kena berubah ataupun kena hormat keputusan. Dan kalau masing-masing tak boleh nak faham, sampai bila nak macam tu? Korang dah boleh fikir kot nak lepaskan si dia.

5. Korang Banyak Complain Pasal Pasangan

Bila korang banyak sangat complain pasal partner daripada bercerita pasal kebaikan dia, rasanya dah tiba masanya untuk break. Korang kena stop cari salah dia sebab takde manusia dalam dunia ni yang perfect. Dah terang-terang nampak korang tak sesuai bersama.

6. Korang Lagi Excited Pasal Orang Lain

Bila korang dah mula texting dengan orang lain tak pun banyak keluar dengan orang lain, ni dah bahaya. Sebab tanpa korang sedar, korang dah mula curang dengan partner. Stop benda yang korang buat tu dan start respect pasangan korang.

7. Bila Dia Stop Cari Korang

Kalau dia betul-betul sayangkan korang, dia akan cari masa untuk contact biarpun dia busy. Kalau dia dah stop cari, kemungkinan besar dia dah tak kisah pasal korang. Dalam percintaan ni tak semestinya kena contact 24 jam. Tapi, kalau dia pun dah jarang cari, korang dah boleh start dengar kata hati dan tinggalkan dia bila situation jadi macam ni.

Sis Katy done share 7 tanda bila korang patut tamatkan relationship. Jadi, korang janganlah indenial bila dah nampak tanda-tanda ni okay! Tinggalkan je si dia daripada korang terus tersakiti. Takpe.. Kumbang bukan seekor. Mana tahu lepas ni korang dapat partner yang lagi baik dari sebelum ni kan?

Macam biasa jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.