berita

Sampai Dua Plastik ‘Saka’ Buang Dalam Sungai..

January 6th, 2021 | by Shafika
Video Popular

Semalam viral di media sosial video berdurasi 20 saat yang sempat dirakam seorang individu memaparkan seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai. Kejadian yang dipercayai berlaku di Kelantan itu mendapat kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan perbuatan itu sangat tidak bermoral.

Terbaru, dimaklumkan pihak keluarga wanita itu telah memohon maaf dan akui mereka dalam perjalanan pulang daripada berubat. Mereka mendakwa bungkusan plastik itu sebenarnya saka yang perlu dibuang ke dalam air sungai mengalir seperti diarah oleh pengamal perubatan mereka.

Buang dua bungkusan plastik

Tindakan wanita itu turut mendapat perhatian daripada Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yan meluahkan rasa kecewa terhadap sikap seorang wanita yang membuang sampah ke dalam sungai di Kelantan, sebagaimana video berkenaan viral sejak semalam.

Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu. Terima kasih kepada yang membuat rakaman.

Menurutnya, dia tidak sangka masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kementerian dalam melancarkan kempen menjaga sungai. Namun, difahamkan wanita itu ada membuat permohonan maaf atas perbuatannya di FB dan menjelaskan dia baru balik dari Kuala Krai bagi mendapatkan rawatan tradisional.

Buang saka

Menerusi permohonan maaf itu, mereka meminta agar orang ramai menghentikan kecaman kerana pesakit alami kemurungan yang teruk. Dia juga berharap agar orang ramai faham wanita itu hanya mengikut nasihat pengamal perubatan tersebut.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×