berita

Sampai Hati Ibu Dera, ‘Hempuk’ Kepala Anak Guna Kerusi….

September 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi satu tanggungjawab ibu bapa untuk membesarkan, mendidiik serta memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. Meskipun kadangkala mereka agak ‘nakal’ dan mempunyai banyak ragam, tetapi ianya bukan menjadi satu tiket kepada ibu bapa untuk mendera atau memukul mereka secara berlebihan.

Baru-baru ini, seorang lelaki mendakwa bekas isterinya tergamak memukul anak kandung mereka menggunakan kerusi dan meja.

Dakwa bekas isteri larikan anak

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kedengaran suara seorang kanak-kanak lelaki sedang menangis selain kedengaran suara seorang wanita sedang memarahinya. Lebih mengejutkan apabila wanita terbabit yang dipercayai merupakan ibu mangsa telah menghempas sebuah kerusi ke arah anak lelakinya itu.

Bercerita dengan lebih lanjut, lelaki ini mendakwa bekas isterinya telah melarikan anak lelaki mereka sejak 16 Mac 2021 lalu. Malah, kanak-kanak malang itu juga dipercayai sering didera oleh ibu kandungnya sendiri.

Anak lelaki saya di bawa lari awal lock down 16 Mac 2021. Bekas isteri bawa lari anak saya tanpa izin saya. Penderaan berlaku tahun ini, perkongsian dari skandalnya pada saya yang sendiri tidak kenali siapa lelaki berkenaan, apa hubungan mereka. Anak saya dipukul dengan meja, laporan polis telah dibuat tapi saya kecewa teramat.

Saya buat report hari yang sama berita ini saya dapat tahu dari jam 9 malam hingga 3 pagi. Tutup sahaja kedai terus buat report, takut anak saya jadi apa-apa. Kerana lama disidai menunggu laporan, saya putus ada dari mengubah report bertukar menarik report. Dengan anak saya yang masih kecil usia 5 tahun, esok nak sekolah sampai berjam lama kena tunggu.

Didera, kepala dihempas kerusi

Lelaki ini akui sangat terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya yang dikatakan tergamak melakukan penderaan terhadap anak kandung mereka. Dakwa lelaki ini lagi, dia juga pernah dicederakan oleh isterinya gara-gara tidak membenarkannya keluar bersama lelaki lain.

Ada bukti masih berparut kerana jantan lain juga nak bawa dia keluar jam 1 pagi kerana saya larang, saya dibaling ibu kunci atau solex padu, memancut darah di kepala saya. Kini saya berserah pada umum untuk menilaikan, saya tak ada kaitan dalam video ini cuma sebagai penerima video. Keadaan anak saya hingga kini tiada berita.

Dalam kapsyen yang ditulis, individu ini mendedahkan bahawa bekas isterinya itu mempunyai dua identiti yang berbeza selain mempunyai dua kad pengenalan iaitu di Malaysia dan Thailand. Tambahnya lagi, maklumat seperti nama dan umur dalam kad pengenalan juga berbeza.

Beliau (bekas isteri) berasal dari Thailand mempunyai dua identiti nama dan kad pengenalan berlainan nama dan usia. Bila saya laporkan hal ini kepada pihak berwajib, kata mereka orang sana memang biasa. Jadi tak ada kesalahan atau akta kesalahan yang boleh dikaitkan. Jika anak saya mati atas nama dia di Thailand, adakah boleh didakwa? Sedangkan nama di Malaysia lain. Satu orang mempunyai dua umur berbeza dan nama ada dua iaitu kad pengenalan Malaysia dan Thailand.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya berharap agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap si pendera. Individu ini juga akui keliru dan tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah yang dilaluinya ini.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×