berita

‘Sampai Hati..’ – Luah Rasa Kecewa, Fathia Tak Dibenarkan Keluar Pentas?

November 18th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, Fathia Latiff sering dikecam netizen gara-gara isu Bigo Live terdahulu. Apa sahaja dilakukannya, pasti menjadi perhatian netizen. Terbaru, Fathia dijemput untuk ke satu program televisyen dimana dia menjadi tetamu pada minggu itu.

Namun, apa yang berlaku di sebaliknya adalah sangat menyedihkan. Dia mendakwa tidak dibenarkan keluar ke pentas program itu semalam tanpa alasan yang munasabah. Memang sedih baca luahannya di Twitter. Sabarlah Fathia.

Menjadi tetamu jemputan

Menerusi perkongsian Fathia di laman Twitter, dia sepatutnya menjadi tetamu program Sepahtu Reunion pada minggu itu namun peminat yang menunggu penampilannya pelik kerana tiada kelibat Fathia sehingga ke penghujung rancangan. Fathia melahirkan rasa kekecewaan dan menganggap dia di permainkan. Betul ke?

Kena game?

Krew tak bagi keluar pentas?


Mungkin saya tak lawak

Memang kesian dengan nasib Fathia. Walau bagaimanpun, menerusi Astro Gempak pihak produksi menjelaskan bahawa Fathia tidak mengangkat telefon. Mereka turut mendakwa Fathia sampai agak lewat untuk sessi latihan.

Macam nak pecah telefon

“Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

“Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

“Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

“Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

Tunggu dari pukul 3, pukul 8 baru muncul

“Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

“Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

“Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan,”

Sumber : Fathia Latiff

SKIP THIS AD ×